Welcome To My Life...

Sunday, August 26, 2012

Red Bolt

Assalamualaikum.

Malam tadi manusia terpantas dunia mengunjungi Old Trafford untuk menyaksikan kelab yang paling diminatinya. Impian Usain Bolt dari Jamaica untuk beraksi bersama Manchester United bukan lagi rahsia. Bolt bercita-cita untuk menggunakan kelajuannya sebagai senjata skuad Sir Alex Ferguson. Mungkin dia tidak sesuai dalam sukan bola sepak tetapi obsesi Bolt membawanya ke Theatre of Dreams.

The living legends

Tiga orang legenda mengambil foto bersama. Ryan Giggs, legenda Red Devils. RVP, legenda Arsenal. Usain Bolt, legenda acara pecut olahraga. Mungkinkah diorang akan bermain bersama-sama? Mungkin, jika Fergie menerima permintaan Bolt.

Outstanding athlete

Usain Bolt mempamerkan tiga pingat emas yang dimenanginya dalam temasya Olimpik London 2012 yang baru saja berlalu. 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter diungguli Bolt untuk melangkah megah dengan kalungan pingat emas.

Special jersey

Bolt menerima jersi ini kerana kefanatikannya menyokong Manchester United. Bolt mengisytiharkan kepada dunia keinginannya untuk beraksi di bawah kendalian Fergie. Mungkin Bolt akan beraksi dengan nombor jersinya adalah catatannya untuk memenangi acara 100 meter Olimpik 2012.

Aku terkejut semasa siaran langsung. Para pemain sedang menanti saat untuk masuk ke padang bila Bolt dengan selamba bersalaman dengan semua pemain Red Devils untuk mengucapkan semoga berjaya. Keangkuhannya terserlah dengan tiga pingat emasnya dari Olimpik London 2012 terkalung di leher. Usain Bolt yang tipikal. Legenda yang ego. Mujurlah dia minat kelab yang sama dengan aku. Kita tak pernah tengok kilat berwarna merah. Tetapi 'Bolt' yang menggegar arena olahraga ini berwarna merah. 











p sepak s : The Red Bolt..

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif