Welcome To My Life...

Sunday, August 12, 2012

Changloon Part 1

Assalamualaikum.

Disebabkan kehidupan pelajar yang sibuk melampau, dengan tugasan bertimbun perlu disiapkan, mood aku nak berblog pun merosot. Nak rehat pun tak sempat, apa lagi nak bukak blog. Ceh, alasan semata. Facebook tiap-tiap hari tak pernah terlepas. Dah jadi rutin harian.

Jumaat minggu lepas, aku pulang ke tempat bermain zaman kanak-kanak. Seperti yang dijadualkan. Aku balik untuk menyambut hari lahir yang ke-19. Juga untuk merasai nikmat berpuasa bersama keluarga. Sebabnya, raya nanti aku terus balik ke Johor untuk menyambut Aidilfitri di kampung sebelah ayah. Tepat jam 1 petang, 3 Ogos 2012, aku sudah berada di perut bas.

Perjalanan lancar. Syukur, seperti yang diharapkan. Hasrat di hati nak berbuka bersama famili. Harapan tinggal harapan. Panas yang disangka hingga ke petang, terbantut jua. Hujan di tengah hari. Tak hujan pun di luar bas. Tapi hujan di hati. Tayar bas pancit tiba-tiba di Perak. Sudah separuh perjalanan. Hampir sejam menanti pomen sampai. Aku tetap berharap untuk berbuka bersama keluarga. Aku masih berharap.

Harapan tinggal harapan. Sampai di Butterworth, sudah masuk waktu berbuka. Kitorang semua (para penumpang yang masih tinggal) diberikan setengah jam untuk berbuka. Aku cuma harap untuk sampai secepat mungkin. Malang sungguh, pemandu bas cakap bas tu dah tak boleh bergerak disebabkan oleh tayar senget selepas ditukar tadi. Dem! Punah ranah harapan aku.

Selepas tu, aku seperti menanti sesuatu yang tak pasti. Masa terus bergerak menghampiri jam 9 malam. Dan aku masih terawang-awang di Pulau Pinang. Kemudian pemandu bas memaklumkan diorang telah membelikan tiket PlusLiner untuk semua penumpang. Maka perjalanan aku berterusan hingga ke Shahab Perdana, stesyen bas di Alor Star. 

Sementara menanti ketibaan kakak aku, aku beli nugget di MarryBrown. Selepas menempuhi perjalanan yang panjang, akhirnya aku tiba dengan selamat di baiti jannati. Sekitar jam 10.30 malam. Kepenatan yang sangat menyeksakan. Tapi perasaan berada di samping keluarga tiada tandingannya. Sambungan hari kedua dalam Part 2. 










p palang s : Hoyeah..


6 comments:

Deleted said...

dah sampai? jeles k. balik shah alam bila pulak?

eyjalukman said...

even rsa penat mna pun , tp bila nmpk family dpan mata , rsa hilang sume penat tu :)

Unknown said...

weeehuuuu ~ selamat pulang ke rumah . mesti dah excited giler en ? :D

Liyana Izzati said...

Hahahaha. Woo nikmatnya naik bas kan? Bro aku pun pernah kena mcm tu. Nikmat gila. Haha. Tpi syukurlah kan sampai gak rumah.

M Fizan said...

@nurshamila haha. balik shah alam baru reply :D

@eyjalukman yeah, tiada tandingannya perasaan tu :D

M Fizan said...

@RealNS haha. hari tu excited. ni dah balik kolej rasa malas..

@Liyana Izzati alhamdulillah, selamat jua perjalanan. dengan izin-Nya :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif