Welcome To My Life...

Sunday, August 26, 2012

Kerana Kunci

Assalamualaikum.

Aku nak cerita pengalaman aku bila sampai kolej dari kampung. Aku balik ke sini pada malam hari Khamis. Aku sampai awal pagi Jumaat. Aku bertolak dari Larkin dengan tenang walaupun aku sedar kunci bilik aku telah hilang di kampung lagi. Aku menyedarinya beberapa hari sebelum pulang. Aku kekal optimis. Aku berserah pada Allah dan berharap kunci tu ada dalam beg netbook aku. 

Dipendekkan cerita, sampai je bilik aku di tingkat lima Blok 6, aku terus periksa dalam beg netbook. Habis aku selongkar sedaya upaya, memang tak ada. Dem! Aku tak nangis la. Hero beb. Mana layan nangis-nangis ni. Aku berserah jua pada Allah. Aku bergegas ke bilik TV. Mana tahu ada ulangan EPL minggu lepas yang aku tak dapat tengok di kampung. Tup tup ada siaran langsung Piala Super Sepanyol antara Barcelona dan Real Madrid di Nou Camp. Aku pun layan la.

Layan punya layan, aku pun rasa mengantuk. Kebetulan ada bantal dan bantal peluk yang ditinggalkan oleh sorang hamba Allah, aku pun hentam baring depan TV. Terima kasih kepada hamba Allah tersebut, tak perlu lar aku tidur atas beg netbook. Tidur aku selesa, alhamdulillah. Bukan aku tengok TV, tapi TV yang tengok aku. Aku cuma bangun bila tiba masa untuk solat subuh.

Kemudian, aku pergi bekfes roti sardin kat kedai mamak al-Rafi depan kolej. Harapannya nak guna internet tapi harapan tinggal harapan. Aku kempunan. Aku pun tak tahu mana nak dituju. Aku cuma ikut kaki melangkah ke ruang belajar di depan surau. Bukan nak belajar pun. Sambung tulis plot untuk projek novel fiksyen aku (in the making). Sebelum tu aku tengok pejabat dah bukak. Hasrat di hati nak mintak kunci spare tapi tak ada orang pulak... Rasa macam nak ambik je, tapi takut dituduh mencuri.

 

Bila aku pergi sekali lagi, dah ada orang. Alhamdulillah. Aku mintak kunci spare kat sorang abang tu. Lepas basuh baju, aku pergi cari kedai kunci. Mula-mula tak jumpa. Baru pukul 10. Aku ingat belum bukak. Aku dah putus harapan. Banyak jalan yang boleh aku lalui. Aku ingat nak lalu jalan pintas. Tapi Allah gerakkan hati aku untuk lalu jalan jauh. Dan... alhamdulillah, mata aku terpandang perkataan kunci di satu kedai jam yang dah bukak. Syukur sangat-sangat, urusan aku dipermudahkan dengan izin-Nya. Berkat berserah dan bertawakal hanya kepada Allah. 

Aku duplicate tiga unit terus. Aku nak simpan kat tempat lain-lain. Balik tu aku rasa menyesal pulak sebab tak duplicate lagi banyak. Mungkin di lain masa. Semua kunci tu aku simpan di tempat berlainan. Aku dah dapat pengajaran kerana tak ada kunci spare. Yang penting, kunci spare tu jangan letak segugus dengan kunci ori. Nanti hilang satu, hilang semua. Bagi korang yang cuma ada satu kunci ori, bersegeralah buat duplikasi kunci. Nanti menyesal macam aku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lu pikirlah sendiri.

Anda mampu mengubahnya. ^_^












p peluk s : Mencari pemilik kunci hati..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif