Thursday, July 5, 2012

Tak Guna Melawan

Assalamualaikum.

Kalau nak kena culik atau rogol, memang patut melawan. Ni dalam situasi lain. Hoho. Pernah tak korang berada dalam situasi korang berhadapan dengan seseorang yang degil? Bukan degil sebarang degil. Kedegilan melampau tahap melebihi kotoran degil. Manusia jenis ni memang egois. Egonya yang kental seperti tembok yang kebal.

Semua orang tak boleh sentiasa betul pada setiap masa. Dan orang yang sangat ego ni akan merasakan dirinya betul sepanjang zaman. Kita pun tak terkecuali. Tapi ada masanya kita perlu sedar kita salah dan perlu mengakui yang kita tak betul. Bukan tak betul a.k.a gila tu. Ni tak betul dalam erti kata pandangan kita tidak benar.

Nak dijadikan cerita, orang yang bernama si polan ibni si polan ni sangat lar menjengkelkan. Seumur hidup aku kenal dia, dia sangat lar tak reti mengalah. Dia rasa dia je yang betul. Semua orang lain bodoh. Semua orang lain salah. Dia sorang boleh jadi pemerintah bumi ni. Macam dia ni maksum. Huh, aku menyampah plus meluat plus sakit hati gila-gila dengan orang macam ni.

Aku tak nafikan, ego aku tinggi jugak. Aku pun sangat benci mengalah. Tapi bila bertekak dengan orang ni, aku akan terus diam dengan muka yang masam. Memang mencabar kesabaran betul. Memang dia nak dia je yang betul. Tak bagi peluang kat orang lain. Bagi dia, penjelasan orang lain ni tak perlu didengar. Macam mana pun, dia nak menang.

GERAM!


Korang kalau berdebat dengan orang macam ni, lebih baik cepat diam. Buang masa dan suara dan tenaga korang je. Dia takkan mengalah. Jenis sombong tahap terakhir. Kronik sangat. Memang tak dapat diubatkan lagi. Macam mana nak ubah kalau dia tak nak dengar nasihat orang? 

Memang boleh nangis der kalau dengar caci maki yang keluar dari mulut dia. Bodoh, tolol, bangang dan b*** (binatang haram dimakan) tu semua dah sebati. Akan selalu keluar kalau dia tak puas hati. Aku dah jadi lali. Aku memang terus senyap kalau aku rasa dua tiga patah ayat aku dibalas denga nada tinggi. Sia-sia je kalau aku menjawab. Tak akan ada hasilnya. Macam mencurah air ke daun keladi.

$@#@#$!@&$. Astaghfirullah, sabarlah duhai hati. Bersabarlah. Jangan diikutkan nafsu amarah yang dibisikkan syaitan. Kalau korang jumpa orang macam ni, tak guna melawan. Diam je terus. Nanti dia penat memekak, dia akan diam sendiri. Gerenti terjamin kerna telah pun diuji. Hewhew. Wassalam.











p palang s : Argghhh.. stres...


3 comments:

nurshamila said...

selalu jumpa. adik yg no 3 tu, mmg tak leh ckp pa. dy ja btoi. sama kes ngan abg la. huhu tensen!

nik rosmawati said...

lebih baik diam jea kalau berdebat dengan org mcm ni.tapi klau dia menyakitkan hati sgt.kita try sindir dia.kot2 la dia blh berubah.org ni klaua cakap terus terang tak jalan..hehe

M Fizan said...

@nurshamila sangat tensen! mari kita belasah mereka. haha

@nik rosmawati hehe. betul. kena kias-kias berapi sikit. kasi panas punggung!

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif