Assalamualaikum.
Baru-baru ini, pengurus Manchester United, Alex Ferguson telah dihadiahkan sesuatu untuk sumbangannya membawa kejayaan buat kelab masyhur ini sejak menjadi pengurus United hampir tiga dekad lalu. Daripada kelab yang sukar mencapai kegemilangan lalu, Fergie membina skuad demi skuad yang sentiasa mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Kemampuan Fergie bertahan selama 26 tahun memimpin sebuah kelab menjadikannya antara pengurus terbaik sepanjang zaman. Bukan itu saja, malah deretan kejuaraan yang dimenangi menjadikan Fergie pengurus yang sangat dikagumi.
Dalam era moden, sukar untuk pengurus kelab bola sepak bertahan begitu lama. Buktinya? Chelsea baru saja melantik pengurus ke-18 dalam tempoh yang sama United masih dipimpin Alex Ferguson.
Hebat atau tidak, itu bukan lagi persoalan. Fergie telah menewaskan satu ensiklopedia pengurus-pengurus baru yang cuba mencabarnya. Satu keistimewaan Fergie yang diakui oleh semua pemain yang pernah berada di bawah kendaliannya adalah kemampuan Fergie untuk menggali kelebihan yang ada dalam diri pemain.
Dari zaman Eric Cantona, Roy Keane, Peter Schmeichel, Dwight Yorke - Andy Cole, dan Ruud van Nistelrooy hingga ke zaman Edwin van Der Sar, Nemanja Vidic, Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney, para pemain bintang yang menjadi anak didik Fergie terus memukau liga domestik dan Eropah. Sangat menghairankan apabila pasukan Manchester United dikatakan lemah ketika diorang sentiasa mencabar kejuaraan liga setiap musim sejak Liga Perdana diperkenalkan.
Pasukan United yang dikatakan lemah musim lalu juga hanya tewas kepada Manchester City dengan perbezaaan jaringan. Mungkin perbandingan dilakukan dengan skuad treble 1998/1999, antara skuad terbaik pernah dikumpul di Old Trafford. Dan barisan Fergie Fledgling yang diserap dari akademi United juga melahirkan bintang terkenal, antaranya David Beckham, Nicky Butt, Gary Neville, dan sudah tentu Ryan Giggs dan Paul Scholes yang masih beraksi musim ini.
Jangan dilupakan Giggs telah menjaringkan gol dalam setiap musim sejak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan. Pembelian terhebat Fergie tidak dapat dinafikan adalah Eric Cantona yang mengubah sejarah United. Ramai bekas-bekas bintang United kembali ke Old Trafford untuk majlis melancarkan tugu kenangan buat Alex Ferguson.
Ramai yang mendapat tugu penghormatan setelah meninggal dunia, tetapi Alex Ferguson mengatasi kematian untuk melihat tugunya.
Inilah tugu pengurus handalan yang digambarkan oleh perekanya sedang berfikir jauh ke hadapan. Fergie masih enggan berundur kerana melihat cabaran baru. Alex Ferguson mahu kembali menakluk Eropah dan dunia. Kini skuad muda Fergie diterajui bekas legenda Arsenal, Robin van Persie.
Inilah dia antara legenda Manchester United. Ole Gunnar Solksjaer, Eric Cantona, Dwight Yorke, Andy Cole, Ruud van Nistelrooy, dan Edwin van Der Sar. Diorang hadir untuk menghormati hari bersejarah buat bekas pengurus yang sangat diorang sanjungi.
Dan pengurus itu masih berselera untuk menambah trofi dalam kabinet yang telah penuh. Dialah Alex Ferguson, the living legend.
p sepak s : Legendary manager..
No comments:
Post a Comment