Welcome To My Life...

Tuesday, November 20, 2012

Baru Bermula

Assalamualaikum.

Semalam bebudak Darjah-Enam-nak-masuk-Tingkatan-Satu dapat keputusan UPSR. Takde kaitan dengan aku. Tapi teringat jugak lar masa dapat 5A dulu. Well, masa tu ingat UPSR tu besar. Bila nak jawab PMR, ingat PMR lagi besar. Sama jugak dengan SPM dan sekarang A-Level. Ya, sebelum kita belajar lebih tinggi, kita ingat penilaian yang akan kita hadapi tu paling besar.

Sedar tak sedar, bila kita dah belajar tinggi, kita akan rasa UPSR, PMR dan SPM tu sangat mudah. Kenapa dulu aku rasa payah? Dem! Itu tak menghairankan. Bila aku buat specialist nanti (in shaa Allah), aku akan rasa A-Level ni senang walaupun sekarang ni aku rasa macam memikul batu enam juta tan beratnya.

Tahniah kepada sekolah yang pertama mendidik aku, SK Bandar Baru Sintok. Mengikut maklumat yang tersebar di angin lalu, 23 orang dapat straight A's. Walaupun tak seramai sekolah bistari atau sekolah cemerlang yang lain, aku tetap bangga. Sintok adalah kawasan yang sedang membangun. Dulunya kawasan hutan. Mungkin sebahagian besar dari kalian takkan tahu kalau aku tak kata Sintok dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand. 

Aku tak pernah pergi tadika. Aku ingat lagi aku pernah tendang cikgu tadika bila ummi aku nak hantar aku ke sana. Aduh, kenangan apakah itu? Lifetime memory.

Buat adik-adik junior yang mendapat keputusan cemerlang di seluruh negara, setinggi-tinggi tahniah senior ucapkan. Perjalanan menuju kedewasaan baru bermula. Masih jauh lagi perjalanan korang. Jangan lar mencari cinta dulu. Kecik sangat korang tu. Fikir PMR dulu. Lepas tu, SPM. Haaa, lepas tu boleh dah kahwin. Kihkihkih. 

Sekali lagi tahniah. Majulah pendidikan untuk negara. Wassalam.













p sepak s : Hari ni Addmath SPM...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif