Welcome To My Life...

Wednesday, November 21, 2012

Messy Again

Assalamualaikum.

Ada dua benda aku nak cakap tentang bola sepak tempatan dan antarabangsa. Messy dan Messi. 

Seperti yang korang tahu (kalau korang peduli tentang bola sepak Malaysia), kita selaku majikan gagal menewaskan pendatang asing yang bermaharajalela di stadium kita. Lihat saja betapa ramainya mat Bangla memberikan sokongan padu kepada negara diorang walaupun perlawanan diadakan di negara kita.

Malaysia 1-1 Bangladesh.



Sama situasinya ketika menentang Hong Kong tempoh hari, skuad Malaysia mendahului menerusi tandukan tetapi terpaksa akur dengan keputusan seri. Jika sebelum ini Safee Sali melakukan tandukan cantik, malam tadi Khyril Muhymeen menanduk kemas sepakan sudut kapten, Safiq Rahim.

Malangnya, jika Khairul Fahmi 'Apek' Che Mat terpaksa akur dengan kesilapan Aidil Zafuan yang melakukan hantaran lemah untuk disambar penyerang Hong Kong, Farizal Marlias tewas kerana sepakan penalti.

Apa pun, menjelang Piala AFF Suzuki, masih banyak yang perlu diperkemaskan Datuk K. Rajagobal untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi. Negara jiran sudah meningkat. Malaysia pula berhempas pulas untuk seri dengan Hong Kong dan Bangladesh. Tercalar reputasi selaku jaguh rantau Asia Tenggara.

Lupakan mimpi untuk menakluk benua Asia dan menggegar dunia. Bukan salah berangan jauh, tetapi kita harus bersikap realistik. Paa pemain kita perlu memantapkan skil dan harus lebih berani mara ke depan. Tumpukan perhatian kepada apa yang kita miliki. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Lionel Messi. Pemain yang meleburkan rekod demi rekod. Sejujurnya, aku tak berapa suka dia. Dia beraksi dengan kelab terbaik dunia, Barcelona. Dikelilingi bintang-bintang Sepanyol yang merupakan juara Eropah dan dunia, Messi memiliki jentera penggerak terhebat yang dapat dibayangkan.

Aku lebih minat Cristiano Ronaldo. Bukan kerana dia bekas wira Manchester United, kelab yang aku minati sejak kecil. Ronaldo bagi aku adalah peledak legenda. The living legend. Jika Messi hanya hebat dengan kelab Barca, Ronaldo mencari cabaran baru. 

Berpindah ke Real Madrid, untuk bersaing dengan Messi dalam La Liga Sepanyol. Bukan saja berjaya mencabar, malah telah memenangi Pichichi (penjaring terbanyak La Liga), dan memenangi liga berprestij Eropah itu sendiri. 

Berbalik kepada Messi, malam tadi dia meledak dua lagi gol ketika Barcelona menewaskan Spartak Moscow 3-0 dalam Liga Juara-Juara Eropah. Hampir sepuluh kali musim ini Messi menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan. Malah, Messi kini sudah mengumpul 80 gol sepanjang 2012. 

Untuk satu kalendar, penggempur legenda Jerman, Gerd Muller menjadi pemain dengan gol paling banyak dalam setahun dengan 85 gol. Messi hanya kurang lima gol. Messi masih memiliki sebulan untuk aksi bola sepak (jika tidak tercedera), dan beberapa lagi perlawanan. Hanya untuk lima gol.

Sudah tentu Messi akan berjaya jika konsisten dengan kadar jaringan ketika ini. Who can stop him? Only Allah knows.















p sepak s : Masih berharap...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif