Sunday, November 4, 2012

Berjuanglah

Assalamualaikum.

Pedang telah diasah, senjata penuh peluru, persiapan rapi. Masa untuk ke medan perjuangan. Masa untuk berperang telah tiba. Semboyan telah berbunyi, rapatkan barisan wahai perwira. Esok adik-adik aku di Tingkatan Lima akan menduduki peperiksaan penting dalam hidup diorang.

Inilah peperiksaan penting yang akan menentukan masa depan. Orang tak nak dengar UPSR. PMR juga orang tak pandang. Orang nak tengok SPM. Malah, SPM pun tak cukup nak dapat kerja sekarang ni. Kalau SPM pun kantoi, apa cerita der?

Masih terkenang saat aku menanti detik SPM tiba, cuak dan risau itu sangatlah menggentarkan jiwa. Gemuruh itu biasa. Kalau tak bimbang tu yang abnormal. Orang yang normal akan gementar. Adrenalin akan mengalir deras, dan kadar denyutan jantung memecut laju 200 km/j seperti Ferrari.

Dua tahun telah berlalu. Aku kini di penghujung semester ketiga dalam mengejar cita-cita. Sedang menghadapi peperiksaan yang juga penting. Peperiksaan akhir semester. Aku seperti bermimpi. Terlalu pantas masa berlari. Adakah ini realiti atau fantasi?

Kepada adik kandung aku, Muhammad Naqif, semoga berjaya. Selamat berperang. Berjuanglah dengan semangat waja. Jangan mengalah. Berusaha bersungguh-sungguh, baru boleh tawakal kepada Allah. Buat yang terbaik.

Kepada semua calon SPM lain, ini bukan pengakhiran. Ini adalah permulaan menuju kedewasaan. SPM adalah Saat Permulaan Matang. Selamat keluar dari alam persekolahan. Dunia yang mencabar menanti korang semua. Selamat berjuang, itu saja yang mampu senior ucapkan. 

Kitorang hanya mampu berdoa. Korang semua yang menentukan masa depan korang. Sepotong doa untuk kalian. Keep fighting!







 




p sepak s : SPM oh SPM..


3 comments:

Syazana Zainn said...

hihi dulu waktu nak jawab SPM punyalah terketar2 takut sangat

skrg bolehlah gelak2..haha

chemay said...

pakweee
all the best for your examm.
makwe doakan yang terbaik untuk pakwe k?
buat elok2.
:D

M Fizan said...

@Syazana Zainn haha. semua exam yang dah lepas mesti nampak senang.. tambah2 bila belajar level lagi tinggi :D

@chemay tenkiu dear. thanks a lot :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif