Assalamualaikum.
Satu? Tak cukup. Dua? Belum. Tiga? Complete misery. Total disaster.
Bad day.
Lee Chong Wei. Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Pasukan bola sepak. Semuanya gagal menceriakan peminat sukan tanah air secara amnya dan aku khususnya. Sangat mendukacitakan untuk melihat tiga wakil negara rebah terkulai layu menentang lawan masing-masing.
Awal pagi tadi aku bersemangat untuk tengok diorang semua beraksi. Tapi hampa. Mengecewakan.
Harimau pertama yang rebah di bumi Hong Kong. Final perseorangan lelaki Siri Super Terbuka Hong Kong 2012 menentang Chen Long dari China. Datuk Lee Chong Wei yang baru berkahwin dengan Wong Mew Choo tewas straight game 21-19 dan 21-17. LCW memiliki rekod baik menentang bintang muda China itu. Namun hari ini pemain negara Tembok Besar itu berjaya membalas taktik LCW untuk menjadi juara.
Apa yang menarik perhatian aku adalah LCW kini sudah berusia 30 tahun. Masih lagi mampu menangkis kepantasan pemain muda China, generasi pelapis Lin Dan. Sedangkan Malaysia tiada pelapis. Selepas LCW, siapa? Jika Lin Dan berundur, sudah ramai bersedia menggantikannya.
Koo Kien Keat - Tan Boon Heong, beregu lelaki terbaik negara ketika ini. Final beregu lelaki Siri Super Terbuka Hong Kong 2012 menentang Cai Yun - Fu Haifeng (China). Juga tewas straight game 21-16 dan 21-17. Memang memuaskan. Aksi melawan yang tidak kenal lelah. Pasangan China itu nyata lebih mantap kali ini.
Pasangan Malaysia sedang meningkat. Permainan KKK - TBH semakin serasi di bawah tunjuk ajar Tan Kim Her selepas pemergian Rexy Mainaky. Walaupun kalah, beregu negara mempamerkan aksi berkualiti dan memaksa beregu handalan China menunjukkan permainan terbaik. Badminton at the highest quality. Sangat menghiburkan. Aksi smesy menjunam dan pertahanan luar biasa yang menarik. Tak rugi aku tengok.
Walaupun LCW dan KKK - TBH kalah, diorang sebenarnya memecah monopoli China. Dalam lima acara, semua melibatkan wakil China kecuali beregu lelaki dan perseorangan lelaki yang melibatkan atlet negara. Sayangnya, China menyapu bersih kesemua lima kejuaraan. Apa pun, aksi LCW dan KKK - TBH memang terbaik.
Review perlawanan peringkat Kumpulan B dalam Piala AFF Suzuki 2012. Adakah mengejutkan apabila Malaysia tewas 3-0 kepada Singapura? Jawapan aku, tidak. Petandanya sudah jelas. Persiapan untuk mempertahankan kejuaraan dua tahun lalu memberikan indikasi negatif. Seri 1-1 dengan Bangladesh dan Hong Kong.
Menentang skuad Kota Singa sarat dengan bintang naturalisasi, sukar untuk Malaysia bersaing jika aksi sama dikekalkan. Dan itulah yang berlaku. Tiga gol mudah membolosi gawang negara. Gol pertama apabila Shahril Ishak menyambut hantaran silang di antara dua pertahanan dan menewaskan Khairul Fahmi di gawang Malaysia.
Gol kedua? Sepakan percuma yang tidak mengancam jika Khairul Fahmi tidak membuat kesilapan. Mungkin teringat bakal isterinya, Apek keluar untuk menumbuk bola tetapi terlepas. Tandukan Fadhli Shas dari atas garisan gol tepat ke kepala Shahril Ishak yang menanduk ke gawang terbuka. 2-0. Mudah, terlalu mudah...
Pemain gantian, Aleksandar Duric yang berusia 42 tahun tambah memalukan Malaysia. Kuda tua itu tak mungkin memiliki kudrat seperti pemain muda. Tapi apabila dihidangkan peluang tandukan bebas di tengah kotak penalti, pemain veteran itu senyum lebar sampai ke telinga. Tiada siapa yang mengawal Duric. Dia berada di tengah pertahanan Malaysia. Dia tidak perlu berlari. Usia 50 tahun pun pasti dia mampu menanduk.
Banyak kesilapan yang perlu Datuk K. Rajagobal beri perhatian. Masalah pertama adalah konsentrasi. Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek sepatutnya boleh menghalang ketiga-tiga gol. Gol pertama dan ketiga, Apek tidak peka dan lambat mengesan ancaman penyerang lawan. Gol kedua? Sudah tentu itu kesilapan Apek yang keluar dan gagal menumbuk bola.
Masalah kedua adalah marking. Penyerang lawan bermaharajalela di tengah benteng pertahanan Malaysia. Gol pertama? Shahril berlari di antara dua pertahanan. Gol kedua? Tiada pertahanan. mengesan larian Shahril ketika Fadhli Shas bermati-matian. Gol ketiga? Fadhli Shas atau Aidil Zafuan selaku gandingan bek tengah gagal mengawal Duric.
Pertahanan Malaysia malas dan itulah hakikatnya. Jika melihat aksi Liga Perdana Inggeris, full-back atau bek kiri dan kanan akan membantu serangan dengan larian overlapping sepanjang perlawanan. Apabila Mahali Jasuli masuk, baru kita lihat bagaimana bek kanan menyokong jentera serangan.
Masalah di jentera tengah, kita tidak memiliki pemain tengah menyerang yang kreatif. Kita ada Safiq Rahim, pakar sepakan percuma, kapten yang bertindak selaku jeneral padang. Tapi fungsi Safiq sama seperti Amar Rohidan, selaku holding midfielder. Kita memerlukan pemain yang kreatif untuk merobek pertahanan lawan dari tengah, bukan dari sayap.
Masalah di bahagian sayap, S. Kunanlan dan Khyril Muhymeen tidak efektif. Hantaran silang tidak berkualiti menyukarkan penyerang tulen seperti Safee yang mampu menanduk jika mendapat hantaran lintang bermutu tinggi.
Safee Sali sendiri bermasalah di bahagian serangan. Safee seperti hilang taringnya. Pemain terbaik Malaysia sudah tentu Norshahrul Idlan Talaha a.k.a Mat Yo dengan rambut merahnya. Mujur aksinya sama menarik dengan warna rambut. Hanya tiang menghalang Mat Yo dari menjaringkan gol saguhati buat Malaysia.
Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi bagaimana juara bertahan rantau Asia Tenggara dimalukan di gelanggang sendiri. Harimau diratah oleh singa. Raja rimba mengaum di belantara. Ya, kita boleh bermimpi. Bangkitlah, hadapi realiti.
Memang benar, situasi dua tahun lepas juga sama. Kita tewas 5-1 kepada Indonesia dalam perlawanan pertama kumpulan sebelum menjadi juara. Situasi kali ini pasti berbeza. Sejarah silam bukan ukuran. Malaysia masih berpeluang, di atas kertas.
Aksi menentang Indonesia dan Laos selepas ini akan menentukan sama ada Malaysia akan layak atau tidak. Only Allah knows His plan.
Selamanya, Harimau Malaya.
p sepak s : Aduhai...
No comments:
Post a Comment