Assalamualaikum.
This is the end of the exam.
Aku bersyukur sangat-sangat mendengar ayat tersebut. Berakhirnya peperiksaan MUET bahagian Listening pada jam 12.35 tengah hari 10 November 2012 bererti aku telah menamatkan semester ketiga pengajian A-Level di INTEC Education College. Aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab semua soalan peperiksaan. Selebihnya, aku serahkan nasib aku dalam perlindungan Allah.
Rasa sedikit janggal untuk kembali menulis. Sudah lama tidak membersihkan sawang di blog ni. Hajat di hati ingin update setiap hari tetapi prioriti tidak mengizinkan. Peperiksaan akhir yang menanti menyekat keinginan untuk berlama-lama mencari ilham sambil menaip entri. Mungkin itu sekadar alasan. Entri ini ditaip terus dari hati tanpa berfikir. *sigh
Insya-Allah sepanjang cuti ini, blog ini akan selalu dikemas kini. Harapnya dapat membahagikan masa dengan lebih baik. Masa sebenarnya banyak jika kita pandai mengurus. Semua orang mendapat kuantiti masa yang sama. Dalam sehari, semua orang dapat 24 jam. Takde lagi yang dapat 25 jam atau 22 jam. Istilah tak cukup masa hanya ada dalam minda kita.
Peperiksaan MUET semalam agak best. Walaupun ada orang kata susah, aku rasa kurang membebankan berbanding IELTS. Mungkin sebab peperiksaan subjek Kimia dan Biologi lebih mencabar. Hoho. Walaupun MUET tak berapa penting untuk program yang aku lalui sekarang, aku tetap memberikan yang terbaik semalam. Sekadar mahukan pencapaian peribadi.
Sebelum pulang ke baiti jannati di Changloon, aku akan pulang ke kampung halaman sebelah ayah terlebih dulu di Kota Tinggi, Johor. Tak sabar rasanya untuk meninggalkan kolej walaupun sedih. Rasa sukar nak percaya aku dah tiga semester di sini. Terlalu cepat masa berlari. Ah, aku membebel tentang masa lagi.
Aku harap sangat aku dapat habiskan cuti ni dengan bermanfaat. Jangan lar hendaknya cuti aku dipenuhi tidur dan main. Aku perlu ulang kaji sebagai persediaan awal menghadapi semester akhir yang akan menentukan hala tuju aku seterusnya.
Yang penting, kita enjoy! Aku nak tengok movie dan televisyen banyak sikit. Banyak ke sikit ni? Dem! Jarang ada masa nak tengok TV. Tengok tu selalu jugak, nak tonton jarang ada masa. Belum apa-apa dah tersasar dari niat nak ulang kaji. Aduhai...
Apa pun, doakan keselamatan perjalanan Lelaki Dari Marikh sebentar lagi. Wassalam.
p sepak s : Merdeka!
No comments:
Post a Comment