Saturday, November 3, 2012

No Excuses

Assalamualaikum.

Ini entri berpindah bola. Harap berpindah entri jika tidak berminat. ^_^

Awal pagi Khamis, sebelum aku menjawab peperiksaan subjek Matematik, Manchester United sekali lagi bertemu Chelsea setelah menang 3-2 dalam aksi liga di tempat lawan. Sekali lagi ke Stamford Bridge, kali ini untuk aksi pusingan keempat Capital One Cup atau nama lamanya League Cup. Hasilnya?

Chelsea 5-4 Manchester United

Perlawanan yang berlarutan sehingga tamat 120 minit permainan, memasuki babak tambahan. Ramai penyokong The Blues yang bersorak girang. Dendam kononnya berbalas. Kalah aksi liga, dan dibalas kemenangan Piala Liga. Apa yang sebenarnya berlaku? Sir Alex Ferguson menukar 10 pemain dari senarai pemain yang menentang Chelsea dengan hanya bek kanan, Rafael, yang dikekalkan. Chelsea hanya menukar enam pemain dan bintang-bintang berada di bangku simpanan.

Okey, okey, no excuses. Kalah tetap kalah.

 
Ya, sukar untuk mengatakan Ryan Giggs, legenda berusia 39 tahun ini ialah pemain skuad kedua Manchester United. Pemain setaraf Giggs dengan pengalaman dan kematangan yang sukar ditandingi. Satu lagi musim dan satu lagi gol. Nampaknya usia tidak menyekat Giggs menghentam Chelsea. 1-0 untuk United.


Pemain paling dibenci pengurus Chelsea, Javier 'Chicharito' Hernandez. Selepas meledak gol kemenangan dalam perlawanan liga tempoh hari yang ofsaid dan gol kemenangan dalam keputusan seri 3-3 dramatik musim lepas, Chicharito tidak dapat dihalang buat kesekian kalinya. Pemain yang menjadi badi buat Chelsea. 2-1 untuk United.


Anderson, seorang lagi pemain berkualiti yang layak menyarung jersi skuad utama United. Kualiti? Buktinya? Tiga gol dicipta oleh pemain Brazil ini ketika dia beraksi di atas padang. Jika bukan Paul Scholes, Michael Carrick, dan Tom Cleverley meneraju jentera tengah skuad utama, Anderson sudah pasti menjadi jeneral padang.


Nani juga terpaksa menjadi pemain skuad kedua untuk membuktikan kehebatannya. Bukti kualiti? Gol ketiga United untuk meletakkan skuad Syaitan Merah mendahului 3-2 sehingga memasuki masa kecederaan.


Gol Nani hampir membawa United mara. Hampir. Sangat hampir.


Masa kecederaan hampir tamat ketika Chelsea melancarkan serangan balas dan mendapat sepakan penalti setelah Ramires dijatuhkan dalam kotak penalti. Sepakan diambil oleh pemain yang menjadi rebutan Chelsea dan Manchester United.

Hakikatnya, Chelsea terpaksa bergantung kepada skuad utama untuk menentang pasukan kedua Manchester United dan hampir sangat untuk kalah 2-3 buat kali kedua dalam tempoh beberapa hari. Mujur saja sepakan penalti Eden Hazard dalam masa kecederaan menjadi penyelamat. Salah Nani yang sepatutnya menyimpan bola dan bek tengah muda, Scott Wootton, yang mengasari Ramires.

Oh, aku lupa. Tiada alasan. Perlawanan itu telah menjadi sejarah. Aksi liga berterusan malam ni. Manchester United vs Arsenal. Robin van Persie akan bertembung dengan majikan lamanya. Aku tak sabar nak tengok Arsenal hancur di Old Trafford.












p palang s : Telan walaupun pahit..


2 comments:

Lyaa Suriany said...

Amboi
boleh jadi pengulas sukan dah ni

M Fizan said...

@Lyaa Suriany semestinya. insya-Allah :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif