Friday, November 23, 2012

Selamanya

Assalamualaikum.

Selamanya, Harimau Malaya.

Ahad ni, skuad bola sepak Malaysia akan bertarung untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangi dua tahun lepas. Sudah cukup sudah, lupakan kegemilangan lalu. Umat Islam kini terlalu berbangga dengan kehebatan sejarah silam.

Lupakan. Kita hidup pada ketika ini. Hadapilah realiti. Pasukan lawan seperti Thailand, Indonesia, dan Vietnam sudah meningkat. Seri 1-1 dengan Hong Kong, dan Bangladesh. Kita bergelut dalam kedua-dua perlawanan. Berhempas pulas untuk seri walaupun mendahului. Petandanya kurang menyenangkan.

Tapi usah dilupa, skuad dua tahun lepas juga tidak mempunyai persiapan yang meyakinkan. Itulah keindahan bola sepak. Rekod silam tidak harus dijadikan ukuran. Aksi pada hari perlawanan akan menentukan. Sekuat mana pun gergasi, bisa tumbang.

Inilah skuad yang akan membawa cabaran skuad bola sepak Malaysia ke Piala AFF Suzuki 2012.

PENJAGA GOL (2)
Khairul Fahmi Che Mat; Farizal Marlias

PERTAHANAN (7)
Zubir Azmi; Azmi Muslim; Bunyamin Umar; Mahali Jasuli; Fadhli Shas; Faizal Muhammad; Aidil Zafuan Abdul Razak

PEMAIN TENGAH (9)
 Baddrol Bakhtiar; Khyril Muhymeen Zambri; Wan Zack Haikal Wan Noor; S. Kunanlan; Azamuddin Akil; Safiq Rahim; Shakir Shaari; Gary Steven Robbat; Amar Rohidan

PENYERANG (4)
Ahmad Fakri Saarani; Hazwan Bakri; Safee Sali; Norshahrul Idlan Talaha
Inilah barisan kita.

Barisan 22 orang pemain yang akan menggalas cabaran selaku pejuang yang akan beraksi garang untuk memastikan piala itu kekal milik kita. Walaupun ada pihak yang terus beranggapan negatif, usah pedulikan diorang. Umpama lalang yang tiba-tiba menjadi penyokong fanatik apabila kejuaraan dipertahankan.

Berjuanglah untuk mengharumkan nama negara. Masa eksperimen Datuk K. Rajagobal telah tamat. Inilah skuad terbaik yang dimilikinya. Walaupun tanpa kelibat Muslim Ahmad yang membentuk benteng negara dua tahun lalu, aku percaya skuad ini cukup mantap untuk mengekalkan status kita sebagai jaguh rantau Asia Tenggara.

Semoga berjaya, Harimau Malaya. Selamat berjuang. Segala-galanya akan ditentukan pada hari perlawanan. Malaysia vs Singapura. Ahad, 25 November 2012. Sama-sama kita memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada skuad kebangsaan.

Pantang mundur, pantang menyerah.












p sepak s : Malaysia Boleh...

2 comments:

Noraim said...

fineee! tv rumah sewa rosak. maksudnya tak blh tgk bola la. sedihnya.

M Fizan said...

@Noraim boleh tengok keputusan je la. heheh

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif