Saturday, November 3, 2012

Ujian Berganda

Assalamualaikum.

A test in a test.

Begitulah kiranya situasi yang menimpa aku di kala dalam perjuangan menentang anasir duniawi yang bernama 'peperiksaan akhir semester'. Mungkin sekarang musim hujan. Di Shah Alam, hujan lebat hampir setiap petang. Aku nak elak hujan sebab aku mudah demam. Tapi, terpaksa redah tanpa payung sebab nak pergi berjuang di medan perang. Sekarang ni, salah aku atau payung? Tinggalkan persoalan tu.

Sedang dalam persiapan untuk menjawab peperiksaan subjek Biologi, tiba-tiba hadir tetamu tak diundang. Beliau tak datang ke rumah aku di kolej ni. Tapi beliau menjengah badan aku. Dem! Kenapa masa aku nak jawab peperiksaan? Okey, itu persoalan yang besar.

Mula-mula aku merenung. Kenapakah? Mengapa? Kenapa aku? Mengapa saat ini? "Why" is a powerful question.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi Misteri Nusantara.

Okey, iklan sekejap. Jawapannya, muhasabah diri. Allah memberi kita banyak kemudahan. Jika aku merenung lagi, Allah kurniakan banyak nikmat kepada aku. Jadi kenapa aku tak boleh bersabar dengan ujian-Nya walaupun ujian berganda atau ujian berkembar atau ujian dalam ujian?

Ujian ini hanya sementara. 
"Verily after each difficulty there is relief" (al-Insyirah, 94:6)

Allah memberi ujian yang setimpal dengan kemampuan kita. Ya, aku mampu melepasi kedua-dua ujian ini. Aku telah selamat melepasi peperiksaan Biologi petang semalam. Subjek seterusnya Kimia. Matematik, MUET, dan.... cuti semester. 

Seminggu saja lagi. Aku dah tak sabar. Masa, cepatlah berlalu. Selamat datang, November. Please be nice to me. Wassalam.













p sepak s : Bakal doktor yang demam...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif