Monday, October 29, 2012

Wake Up

Assalamualaikum.

Wake me up when September ends....

Terasa baru saja aku menyanyikan bait lirik lagu Taylor Swift itu di penghujung September. Sedar tak sedar kini aku berada di akhir Oktober. Terlalu pantas masa berlari. Sangat laju. Aku sudah pun berada di penghujung semester ketiga. Lebih setahun aku berjuang untuk melepasi A-Level di INTEC dengan gemilang.

Esok, bermulalah perjuangan aku untuk peperiksaan akhir semester. Subjek Statistik dan Biologi Unit 1 & 2. Aku baru memulakan pecutan Biologi pagi tadi. Masih ada tiga topik yang perlu aku khatam malam ini. Sesuatu yang normal bagi aku. Walaupun aku sendiri kurang gemar cara ini. Cuti semester ini akan aku gunakan untuk ulang kaji sebelum semester terakhir.

Kesuntukan masa seperti ini, khatam AS Biologi (tahun pertama) nampak sangat mustahil. Aku suka satu madah: Miracles are what seem impossible but happen anyway. Mustahil bagi manusia tidak pernah mustahil bagi Allah. Aku harap keajaiban akan berlaku malam ni. Jika aku berjaya, aku akan dapat khatam Biologi dalam satu malam. Pencapaian membanggakan yang boleh diceritakan kepada cucu.

Aku harap segala yang aku baca tak berserabut dan bercampur. Aku tak risau Statistik. Kalau aku tak cuai, insya-Allah aku akan cemerlang dengan izin-Nya. Biologi sangat penting dalam bidang medik. Dan peperiksaan esok penting bagi aku. Aku harus skor, aku mesti skor. 

Aku update blog sebelum menyambung pecutan. Orang lain mungkin telah mengalah. Aku tidak mungkin. Aku akan terus mencuba sehingga tiba waktu memulakan peperiksaan. Aku akan terus berusaha selagi terdaya. Selebihnya, aku tawakal kepada yang Maha Esa. Semoga berjaya diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan. 













p sayang s : Bittaufiq wannajah..



7 comments:

Ayumi Comot said...

Gud luck! Boleh tu...insya Allah:)

tirahzairi said...

dh nk masuk bulan 11 dah...huhu

chemay said...

all the best pakwe!
makwe pun exam jugakk mggu depann ni haa tauu
:)

Eein Azryn said...

All the best. Hati2 jawab soalan. Teruskan perjuangan anda. :)

Cik Ariira said...

semoga berjaya ^^

M Fizan said...

@Ayumi Comot insya-Allah :)

@tirahzairi huhu. dah lama masuk baru reply :D

@chemay thankyouu dear... dah habis exam baru reply .. hehe :D

M Fizan said...

@Eein Azryn thanks a lot :)

@Cik Ariira trimas :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif