Assalamualaikum.
Aku sedang sakit kepala. Tak tau kenapa. Mungkin sebab aku dihasut oleh kawan-kawan sebilik untuk main Counter Strike empat lima hari yang lepas. Kalau main CS, perlu pusing watak yang kita main untuk mengawasi pergerakan musuh. Mungkin kerana banyak melihat grafik, otak aku macam tak boleh terima lagi. Sangat memenatkan otak.
Jumaat, 19 Oktober 2012. 9.30 pagi. 36 jam sebelum aku bergerak pulang ke Changlun dari Shah Alam. Berada dalam perut bas selama 6 hingga 7 jam. Semata-mata untuk berada di samping keluarga tercinta di baiti jannati. Sebelum ni biasa saja rasa rindu tu. Mungkin sebab jauh, maka rasa nak balik tu tak terasa sangat.
Tapi, semakin menghampiri detik pulang, rasa rindu semakin membara. Sekarang ni... aku rasa tak sabar-sabar teramat sangat untuk menatap famili yang sentiasa dirindui. Ayah, umi, Ayong, Akib, Acip, Atip, korang jauh di mata. Tapi tidak di hati. Korang sentiasa dalam ingatan walaupun aku tak berada di sisi korang.
Kurang 24 jam lagi, pukul 9 pagi esok, aku akan menduduki peperiksaan akhir semester bagi subjek ALIS 30, Pengajian Agama Islam. Aku belum mula ulang kaji lagi. Aku akan melakukan pecutan akhir bermula petang ni untuk khatam soal perkahwinan yang menjadi tumpuan semester ni. Buku teks dah lar tebal macam novel. Soal cerai, zihar, lian, semua ada. Memang aku baca macam buku cerita je nampaknya.
Ketika ini... aku menanti kehadiran pensyarah Bahasa Inggeris untuk parti kelas. Kelas terakhir semester ni telah dilepasi dengan penuh rasa lega dan syukur. Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya aku. Cuma tinggal peperiksaan akhir untuk dirisaukan. Dan selepas itu, aku akan bercuti selama dua bulan. Tiada Unit 6 Biologi untuk dirisaukan. Kerja kursus tu dah dibatalkan. Yeah!!!!
Miss Hanie, tolong lah cepat datang. Aku nak time capsule. Mesej rakan-rakan sekelas untuk aku. Nanti aku kongsikan dalam entri akan datang. ^_^
p sepak s : Nak makan....
No comments:
Post a Comment