Welcome To My Life...

Monday, October 22, 2012

Kapsul Masa Part 1

Assalamualaikum.

Tahniah kepada pasukan bola sepak B-21 negara kerana menjuarai Piala Newspaper di Vietnam. Skuad bimbingan Ong Kim Swee menewaskan Thailand dalam final. Tiada siaran langsung. Sangat mendukacitakan kerana tiada sokongan moral dari syarikat penyiaran.

Okey, lupakan kejayaan tu. Aku pernah maklumkan tentang time capsule dalam entri sebelum ni. Kapsul masa. Aku pun tak tahu kenapa permainan ni dinamakan sebegitu. Permainannya begini, pada awal semester, pensyarah ALEL30 kitorang mengarahkan semua pelajar dalam kelas menulis mesej untuk rakan-rakan sekelas.

Mesej ni pula akan disampaikan pada hari kelas terakhir semester. Pelajar perlu menulis apa saja yang mahu diperkatakan tentang rakan-rakan. Jadi, lebih kurang macam tanggapan awal semester dibaca selepas semester berakhir. Pastinya kelakar kerana satu semester membawa banyak perubahan.

Maksud aku, dalam satu semester ketiga ni, aku mengenali rakan-rakan sekelas lebih rapat. Kesemuanya. Kalau boleh, aku nak tulis semula time capsule tu, tapi apakan daya, peluang hanya sekali. Masa tak dapat diputarkan kembali. 

Dalam bahagian pertama ni, aku cuma tunjuk semua yang aku dapat. Dalam kelas aku, ada 25 orang pelajar. Aku patut dapat 24 mesej. Tapi aku hanya ada 23. Tak tahu lar siapa sorang lagi pelajar misteri yang ingkar dengan tidak memberikan mesej. Dem!


Semua kapsul masa yang aku dapat mengelilingi sampul surat yang aku buat sendiri. Sampul surat tu adalah untuk menyimpan semua kapsul masa yang diterima pelajar. Semua sampul surat pelajar disimpan oleh pensyarah dalam satu guni khas.


Ni pulak semua kapsul masa aku tanpa sampul. Macam-macam yang diorang tulis. Aku akan kongsikan di blog ni. Pendedahan akan dibuat dalam bahagian seterusnya. Aku nak komen balas untuk mesej diorang kepada aku.


Ni pulak yang tulis nama aku sebagai penerima di luar. Ada yang tulis di atas mesej, jadi aku tak kumpulkan. Banyak kan nama-nama aku di luar sampul. Mungkin tak bermakna bagi korang. Tapi cukup membuat aku tersenyum bila melihatnya. My name ^_^


Yeah, yang ni pulak, yang tulis nama aku dengan seni paling lawa. Oh, sudah tentu aku hargai. Kepada siapa saja beliau, terima kasih. Saya sangat menghargai anda. I love this one. My name and it is nice.


Itu saja untuk bahagian pertama. Kapsul masa secara umum. Dalam entri akan datang, aku akan dedahkan mesej yang aku terima. Dan aku juga akan komen balas sebagai menjawab persepsi dan tanggapan diorang terhadap aku. 












p sepak s : Indahnya cuti...



2 comments:

Nik said...

kan..tak best tol tak ade siaran langsung bola.bukan calang2 negara malaysia lawan .

menarik jea time capsule ni kan.so kita blh tahu la pndangan org lain pd kita yea

M Fizan said...

@nik ros yup, tapi ada orang tak nak jujur :(

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif