Welcome To My Life...

Friday, October 19, 2012

Kecuaian

Assalamualaikum.

Cuai. Dalam bahasa omputehnya, careless. Cara menyebutnya, 'keles'. Senang cerita, kecuaian adalah sikap melakukan kesilapan mudah ketika kita melakukan sesuatu. Bukan kerana kita tidak mahir atau tidak tahu, tapi kerana terlalu yakin ataupun gelojoh. Dem! 

Aku suka ilmu hisab a.k.a Matematik. Aku suka angka. Aku suka bermanja dengan nombor walaupun terlalu banyak nombor dalam pengiraan selalu membuat aku stres. Tapi aku tak pernah give up dengan angka. Aku akan bertahan sampai aku dapat jawapan yang sama dengan tertulis di bahagian belakang buku teks. Kalau tak, aku takkan puas hati.

Kawan-kawan aku tau fakta tu. Diorang sedar aku suka Matematik. Tapi..... masalahnya..... aku cuai. Dan aku tak tahu apa lagi masalah aku. Dalam latihan pun cuai. Dalam peperiksaan pun cuai.... Walaupun benda dah berlaku, aku kecewa dengan diri sendiri. T_T Aku tau aku boleh buat lebih baik.

Contohnya, hari ni. Kitorang dapat semula kertas topic test Statistik. Aku skor agak baik (90%) berbanding rakan-rakan lain. Alhamdulillah. Mungkin korang akan tertanya-tanya, apa lagi yang aku tak puas hati? Arrghhh.. Aku silap masukkan nilai. Aku ingat lagi, aku tak perasan soalan tu sampai tinggal lima minit terakhir ujian.

Dan korang boleh agak selebihnya. Aku tergopoh-gapah buat sampai tersilap salin range of values. Aku salah untuk dua soalan. Ekceli aku boleh dapat markah penuh 100%. Itu menambahkan lagi kedukaan aku. Macam mana aku boleh buat silap macam tu? Aku pun tak faham. Yang pasti ini bukan pertama kali. Kesakitannya juga tak terlalu sebab aku tahu ini bukan kecuaian pertama.

Untuk topic test kedua saja bagi semua subjek, aku cuai. Sebagai akibat, aku mendapat markah yang lebih rendah dari yang sepatutnya aku dapat. Dem! Biologi, Kimia, Matematik, semua aku boleh dapat markah lebih tinggi. Jadi, ketika ini, aku sedang berfikir adakah doa yang boleh menjauhkan aku dari kecuaian. Aku tak mahu cuai lagi! Peperiksaan akhir semester menghampiri.

Tapi, seingat aku, aku belajar dari kesilapan. Mungkin Allah mahu aku mengambil iktibar. Aku takkan mengulangi kecuaian yang sama. Setiap kali aku cuai, aku ingat, dan aku takkan lupa tentang kesilapan tu. Ada hikmah di sebalik setiap sesuatu. Insya-Allah aku takkan lupa apa yang aku cuai kali ni. Aku harap aku tak lakukan kesilapan yang sama dalam peperiksaan penting awal bulan depan.

Tapi kecuaian tu tak pernah aku berjaya elakkan. Mesti ada sikit. Percayalah, kita belajar dari kesilapan. Dan aku percaya hakikat tu. Wallahualam.










p palang s : Stres....

2 comments:

Aslaha said...


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalam Naz,
Doa untuk elak kecuaian banyak Naz :) Recite the Quran is the best cure~ Amalkan istighfar all the time.
InsyaAllah, things will get better. You'll be more careful & As doakan agar Allah buka hijab Naz agar mampu membaiki kesalahan dan dijauhkan dari kekesalan. Amiin...


Guy from Mars, you still as genius a s ever ♥

M Fizan said...

@Aslaha waalaikumussalam As...

amiin... thanks for all your advises... thanks for your prayer. <3

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif