Assalamualaikum.
Entri ni adalah entri khas bola. Dua lagi malam Liga Juara-Juara Eropah berlalu. Pasukan gergasi menang dan juga tumbang. Kejutan berlaku dan akan terus berlaku.
KUMPULAN A
Di NSK Olimpiyskyi, tuan rumah menang selesa 2-0. FC Dynamo Kiev (Ukraine) mengatasi Dinamo Zagreb (Croatia) dengan memiliki jauh lebih banyak percubaan walaupun penguasaan bola agak seimbang. Beraksi di tempat sendiri, tuan rumah memanfaatkan peluang itu untuk menang hasil tandukan Oleh Gusev ketika perlawanan baru beberapa minit berlangsung dan gol sendiri Josip Pivarić juga dalam babak pertama. Ini adalah kekalahan kelapan berturut-turut buat Zagreb dalam peringkat kumpulan di pentas Eropah.
Di Estádio do Dragão, perlawanan berlangsung seimbang. Pasukan berpengalaman di pentas tertinggi Eropah menentang pasukan yang berbelanja besar. Akhirnya, pengalaman tuan rumah gagal ditandingi dengan FC Porto (Portugal) melakukan 20 percubaan berbalas 6 untuk Paris Saint-Germain (Perancis). Porto menang 1-0 hasil jaringan lewat James Rodriguez. Namun PSG tidak boleh mempersoalkan keputusan itu kerana hanya memiliki dua percubaan tepat berbanding 13 untuk Porto.
KUMPULAN B
Di Stadion Gelsenkirchen, perlawanan dramatik berakhir dengan FC Schalke 04 (Jerman) selaku tuan rumah seri 2-2 dengan Montpellier Hérault SC (Perancis). Penguasaan bola seimbang tetapi Schalke memiliki jauh lebih banyak percubaan. Hanya ketepatan penyudah pemain Montpellier menyelamatkan pasukan diorang walaupun hanya memiliki sedikit percubaan. Karim Aït-Fana memberikan gol pendahuluan kepada pasukan pelawat sebelum tuan rumah menterbalikkan keputusan menerusi Julian Draxler dan sepakan penalti Klaas Jan-Huntelaar. Selepas sepakan penalti tersebut turut menyingkirkan Garry Bocaly, Souleymane Camara menyelamatkan pelawat di lewat permainan.
Di Arsenal Stadium, tuan rumah mudah membenam cabaran pelawat. Arsenal FC (England) menguasai 66% permainan tetapi Olympiacos FC (Greece) memiliki lebih banyak percubaan [13 berbalas 9]. Namun kemenangan pada akhirnya memihak Arsenal yang mengatasi Olympiacos 3-1. Gol-gol Arsenal disumbat oleh Gervinho, Lukas Podolski dan Aaron Ramsey. Gol tunggal Olympiacos diledak oleh Kostas Mitroglou untuk menyamakan kedudukan buat seketika.
KUMPULAN C
Di Stadion Petrovski, lima gol tercipta. Dua untuk tuan rumah, FC Zenit St Petersburg (Rusia) dan tiga untuk AC Milan (Itali). Statistik perlawanan agak rumit. Pelawat menguasai hampir 60% permainan. Tetapi tuan rumah memiliki lebih banyak percubaan. Namun begitu, pemain Milan lebih kejam dan klinikal. Dua gol Zenit dijaringkan oleh Hulk dan Roman Shirokov. Tiga gol Milan pula disumbat oleh Urby Emanuelson, Stephan El Shaarawy, dan gol sendiri Tomáš Hubočan. Milan mendahului 2-0 selepas 16 minit pertama tetapi Zenit berjaya mengikat kedudukan sebelum gol sendiri memusnahkan harapan tuan rumah. Kekalahan ini adalah kegagalan Eropah yang pertama buat Zenit di tempat sendiri selepas 16 perlawanan dalam tempoh empat tahun.
Di Constant Vanden Stock Stadium, tuan rumah dibelasah teruk 3-0. RSC Anderlecht (Belgium) terpaksa akur dengan kehebatan Málaga CF (Sepanyol) yang mencipta kemenangan 3-0 kedua berturut-turut dalam peringkat kumpulan musim ini. Menguasai 80% permainan, Malaga melakukan lebih banyak percubaan ke arah gol dan hasilnya diorang menang menerusi dua gol oleh Eliseu dan juga sepakan penalti Joaquín. Diorang adalah pasukan baru dalam Liga Juara-Juara Eropah tetapi beraksi seperti peserta berpengalaman.
KUMPULAN D
Di Amsterdam Arena, tuan rumah, Ajax Amsterdam (Belanda) juga dibelasah teruk 4-1 oleh pelawat. Namun reputasi gah Real Madrid (Sepanyol) mengurangkan kesakitan kekalahan tersebut. Perlawanan agak seimbang, tetapi Madrid memiliki sekali ganda lebih banyak percubaan berbanding tuan rumah. Gol saguhati Ajax adalah menerusi tandukan Niklas Moisander. Hatrik Cristiano Ronaldo dan satu gol Karim Benzema memusnahkan Ajax. Ternyata Ronaldo terlalu handal untuk dikekang.
Di City of Manchester Stadium, satu lagi perlawanan Kumpulan Maut menyaksikan Manchester City FC (England) mengikat Borussia Dortmund (Jerman) 1-1 hasil sepakan penalti lewat permainan. City menguasai 66% perlawanan tetapi Dortmund memiliki lebih banyak percubaan (20 vs 12). Dortmund mendahului selepas detik satu jam menerusi Marco Reus. Tetapi pemain gantian, Mario Balotelli, menyelamatkan maruah tuan rumah.
KUMPULAN E
Di Juventus Stadium, pasukan pelawat menguasai hampir 60% bola tetapi tuan rumah memiliki lebih banyak percubaan ke arah gol. Juventus (Itali) dan FC Shakhtar Donetsk (Ukraine) seri 1-1 dalam perlawanan Eropah pertama di gelanggang ini. Alex Texeira terlebih dulu meletakkan Shakhtar di depan. Namun, Leonardo Bonucci membalas dengan rembatan kencang untuk menyelamatkan pasukannya.
Di Parken, FC Nordsjælland (Denmark) terpaksa akur dibelasah 4-0 oleh Chelsea FC (England) dalam perlawanan Eropah pertama di gelanggang diorang. Penguasaan bola seimbang dan percubaan ke arah gol juga sama banyak tetapi jentera serangan Chelsea jauh lebih klinikal dan tajam. Juan Mata menyempurnakan hantaran cantik Frank Lampard untuk gol pendahuluan. Tiga lagi gol dijaringkan dalam sepuluh minit terakhir masa permainan sebenar. Sepakan percuma David Luiz, gol kedua Mata, dan penyudah jarak dekat Ramires menceriakan pasukan pelawat.
KUMPULAN F
Di Estadi de Mestalla, tuan rumah menguasai 60% bola walaupun memiliki kurang percubaan berbanding pasukan pelawat. Mungkin hasil dominasi bola, diorang menang 2-0. Valencia CF (Sepanyol) mengecewakan Lille OSC (Perancis) yang beraksi dengan 10 orang pemain selepas Mathieu Debuchy menerima kad merah di penghujung permainan. Tetapi dua gol Jonas di setiap babak memberikan kemenangan selesa kepada tuan rumah.
Di Dinamo Stadion, tuan rumah membuktikan gergasi bisa ditumbangkan. Pasukan kerdil, FC Bate Borisov (Belarus) membenam FC Bayern Munich (Jerman) 3-1. Walaupun menguasai lebih 60% bola dan melakukan lebih banyak percubaan, Bayern mungkin meratapi nasib selepas sepakan Toni Kroos terkena tiang ketika gawang terbuka luas. Ketika itu, kedudukan masih 0-0. Gol dari Aleksandr Pavlov, Vitali Rodionov, dan Renan Bressan cukup untuk mengatasi jaringan Franck Ribéry.
KUMPULAN G
Di Stadion Luzhniki, tuan rumah tewas walaupun menguasai hampir 60% bola. Jika dominasi permainan menjadi penentu kemenangan, sudah tentu diorang menang. Tapi pasukan lawan melakukan lebih banyak pecubaan dan gol yang menjadi kunci kemenangan. Celtic FC (Scotland) mencatat kemenangan di tempat lawan buat kali pertama dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas 21 percubaan. Tuan rumah, FC Spartak Moscow (Rusia), tewas 2-3. Gary Hooper menjaringkan gol pendahuluan Celtic. Emmanuel Emenike menjaringkan dua gol untuk memberikan pendahuluan kepada Celtic. Selepas kad merah dilayangkan kepada Juan Insaurralde, Celtic menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri Dmitri Kombarov. Gol kemenangan adalah menerusi tandukan Giorgos Samaras.
Di Estádio do Sport Lisboa e Benfica, tuan rumah juga tumbang. Namun, SL Benfica (Portugal) boleh dimaafkan kerana lawan diorang adalah gergasi bola sepak dunia, FC Barcelona (Sepanyol). Lionel Messi terlalu sukar untuk disekat apabila mencipta kedua-dua gol pasukannya dalam kemenangan 2-0. Gol Barca dijaringkan oleh Alexis Sánchez dan Cesc Fàbregas di awal permainan setiap babak. Barca mengunci bola dengan menguasai lebih 70% perlawanan meskipun memiliki kurang percubaan ke arah gawang. Sergio Busquets juga dibuang padang di penghujung babak kedua.

KUMPULAN H
Di Stadionul Dr. Constantin Rădulescu, tuan rumah menghadapi gergasi kejohanan. CFR Cluj (Romania) tewas 1-2 kepada pasukan kesayangan aku, Manchester United (England). Kemenangan ini adalah kemenangan ke-100 buat United dalam Liga Juara-Juara Eropah. Tetapi United terpaksa bangkit dari ketinggalan walaupun mendominasi hampir 70% permainan ketika peluang seimbang untuk kedua-dua pasukan. Pantelis Kapetanos memanfaatkan kelemahan benteng pertahanan United untuk meletakkan Cluj di depan. Namun ketajaman penyudah Robin Van Persie sukar disekat Cluj apabila Van Persie meledak dua gol.
Di Ali Sami Yen Spor Kompleksi, tuan rumah terpaksa akur tunduk 0-2 walaupun menguasai lebih 60% permainan. Pelawat, SC Braga (Portugal), membenam Galatasaray AŞ (Turki). Walaupun memiliki kurang percubaan berbanding tuan rumah, pemain Braga lebih prolifik. Gol dalam setiap babak oleh Rúben Micael dan Alan memberi kemenangan agak selesa kepada Braga walaupun Galatasaray cuba melakukan kebangkitan lewat permainan.
Begitu banyak rencah dan perisa yang menjadikan Liga Juara-Juara Eropah satu pertandingan yang menarik. PSG gagal mengatasi Porto yang berpengalaman walaupun telah berbelanja besar sepanjang musim panas. Duit bukan segalanya. Arsenal dan AC Milan mudah memenangi perlawanan masing-masing. Malaga terus menyinar dalam penampilan sulung. Real Madrid membelasah Ajax dalam Kumpulan Neraka ketika City terikat dengan Dortmund selepas mendapat sepakan penalti lewat permainan.
Chelsea, Valencia, Celtic dan Braga juga memenangi perlawanan diorang. Namun, ketika Barcelona dan Manchester United juga bergelar pemenang, satu lagi gergasi (Bayern Munich) dikejutkan pasukan kerdil dari Belarus, BATE Borisov. Kejutan akan terus berlaku. Kerana kejutan akan mengejutkan sesiapa saja yang tak bersedia untuk terkejut.
p sepak s : Bola itu bulat..

No comments:
Post a Comment