Welcome To My Life...

Thursday, October 18, 2012

Jari

Assalamualaikum.

Aku jumpa ni di FB. Aku cuma mahu berkongsi. Bukan ideaku sendiri. Cuma mahu berbakti. Saling ingat-mengingati. 


Kita ada lima jari. Dan setiap satu ada makna tersembunyi.

Ibu jari, seringkali menjadi isyarat bagus. Sama ada bermakna keadaan terkawal, atau memuji tingkah laku seseorang atau.... berpura-pura bahawa kita okey walaupun sebenarnya kita tidak. Selalunya ibu jari datang dalam pakej bersama senyuman, sebagai tanda ceria dusta ketika kita berduka. Dan, ibu jari juga menjadi ganti diri untuk 'setuju'. Tidak perlu bermadah, ibu jari juga indah.

Jari telunjuk, sudah tentu digunakan untuk menunjuk arah. Bukan itu saja, lazimnya jari telunjuk juga menjadi jari yang sering mempersalahkan. Kita suka menuduh orang lain menggunakan jari telunjuk ketika empat jari lain menunjuk diri kita sendiri. Ya, benar. Jari telunjuk juga menjadi isyarat senyap untuk memberi amaran sambil tersenyum sinis jika digoyangkan ke depan dan ke belakang.

Jari tengah a.k.a jari hantu. Tak perlu diterangkan fungsi jari ni. Budak-budak tak baik belajar. Tak manis dipandang jika jari ni digunakan. Sangat tidak sopan. Tetttt.

Jari keempat tu mungkin tak penting bagi lelaki, tapi penting bagi fomfuan. Biasanya diorang akan pakai cincin tanda di jari tu. Kalau nak tau wanita dah berpunya ke belum, sila tengok cincin di jarinya. Walaupun kadang-kadang dia buang bila berselisih faham, apabila keadaan pulih, dia akan pakai cincin tu semula di jari yang sama. 

Ya.... anak jari. Kita gunakan untuk berjanji. Berjanji ya, bukan berzanji. Oh, satu lagi. Untuk janji yang perlu ditepati. Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Kalau korang dah berjanji guna jari ni, mestilah jangan dimungkiri. Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga: Apabila berkata dia dusta, apabila diberi amanah dia khianat, apabila berjanji dia mungkir.











p sepak s : Bukan sebarang anggota badan..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif