Welcome To My Life...

Sunday, October 7, 2012

I Wish

Assalamualaikum.

Jika semalam adalah hari peperangan aku yang sangat penting, semalam juga adalah hari yang bermakna dan bahagia buat ibunda tercinta aku yang merupakan hari konvokesyen. Setelah bertahun-tahun menyiapkan tesis PhD, akhirnya umi aku menerima segulung ijazah yang membuatkan segala penat lelahnya berbaloi. Aku berada di Shah Alam untuk peperiksaan IELTS ketika umi berada di Universiti Utara Malaysia, Sintok meraikan hari pentingnya.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Akilah Abdullah kerana menyempurnakan pengajian ijazah doktor falsafah ketika ramai yang mengaku kalah. It takes a lot of courage and determination to go the extra mile, beyond the ordinary. You rock, mom! I'm really proud of you. ^_^

 Ayah aku (kiri sekali) dan umi (tengah) bersama pelajar Jordan

Aku sangat-sangat berharap untuk berada di sana. Aku mahu turut meraikan hari gemilang dan bersejarah bagi umi aku. Harapan tinggal harapan. How i really wish i could be there. Jika ujian semalam tidak penting, aku lebih rela menempuh perjalanan beberapa jam di dalam perut bas untuk berada di bumi Sintok. Sayangnya, ujian semalam penting untuk masa depan aku. 

Aku harap untuk mengukir senyuman di wajah parents aku. Aku mahu mereka bangga dengan aku satu hari nanti. Aku akan memberikan kejayaan buat mereka walaupun jasa mereka membesarkan aku adalah budi yang takkan terbeli. Semalam adalah satu langkah kecil untuk menuju cita-cita yang aku idamkan.

Sekali lagi tahniah diucapkan buat umi tercinta. Maafkan anakanda tidak dapat hadir untuk sama-sama meraikan hari bahagiamu di sana. Ajib akan pulang bersama kejayaan, dengan izin-Nya. Moga Allah mempermudahkan urusanku dan memurahkan rezeki ibu bapaku. 












p palang s : A very big yesterday..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif