Welcome To My Life...

Sunday, October 21, 2012

Detrimental Devils

Assalamualaikum.

Amboi, tajuk.... kemain hiperbola lagi... Sebenarnya entri ni khas untuk mengumumkan pasukan kesayangan aku telah menang. Bukan Kelate yang menang Piala Malaysia mengalahkan ATM ye. Ni Manchester United, jaguh Liga Perdana Inggeris yang membenam Stoke City 4-2.

Oh ye, Lelaki Dari Marikh atas bas masa perlawanan ni berlangsung. Jadi sebenarnya Lelaki Dari Marikh tak dapat tengok pun diorang beraksi. Tapi dapat update dan dah baca laporan perlawanan. Khabarnya, jentera serangan memang mantap dan menggerunkan. Ditambah pula dengan sengat Wayne Rooney yang kembali menggegar.

Sir Alex Ferguson tiada masalah kecederaan yang memeningkan kepala. Sebaliknya kepala beliau pening kerana semua pemain cergas dan sedang dalam prestasi terbaik. Maka Fergie memilih formasi 4-2-3-1 yang aku kira, amat aku gemari. David De Gea mengawal gawang di hadapan benteng Rafael - Rio Ferdinand - Jonny Evans - Patrice Evra. Pemain tengah bertahan adalah gandingan mantap legenda kelab, Paul Scholes, dan Michael Carrick.

Danny Welbeck berjaya menempatkan diri dalam pasukan selepas aksi cemerlang di peringkat antarabangsa bersama England. Wayne Rooney beraksi selaku pemain tengah menyerang dan sayap kanan ialah Antonio Valencia. Penyerang tunggal tidak lain dan tidak bukan, sudah semestinya Robin van Persie. 


United memulakan perlawanan dengan ketinggalan. Itu biasa. Resam yang tak patut menjadi kelaziman. Sukar untuk bangkit. Tetapi dengan barisan serangan sedahsyat sekarang, no problemo.


Rooney dan RVP, gandingan yang semakin serasi. Jika tiada aral melintang, diorang akan menjadi pembunuh kembar paling menggerunkan buat semua pasukan. Dua penyerang berbisa yang sebelum ini mengetuai dua pasukan berbeza kini bersama-sama. How about that?


Selepas menjaringkan gol sendiri untuk membenarkan Stoke City mendahului, Rooney menebus kesilapannya dengan gol penyamaan. Sejak pulih daripada kecederaan, Rooney seperti dilahirkan semula. Tiba-tiba, aksi buruknya sebelum cedera bagaikan hilang ditiup angin. Wayne Rooney yang berbisa sudah kembali.


RVP juga terus membalas kepercayaan Fergie yang membelinya dari Arsenal. Satu lagi gol disumbat sebelum babak pertama tamat. Setakat ini, RVP tidak mengecewakan Fergie yang berusaha habis-habisan untuk memujuk ayam tambatan Arsenal meninggalkan kelabnya. Usaha Fergie berbaloi.


RVP kini berada di tahap prestasi terbaik. Baru-baru ini ketika mewakili Belanda untuk kelayakan Piala Dunia 2014, Van Persie turut menjaringkan gol. Nampaknya tidak sia-sia Manchester United mengeluarkan setiap sen untuk membeli penyerang berbahaya yang memang terkenal dengan ledakan kaki kirinya.


Ketika Fergie membeli RVP, aku antara orang yang paling gembira. Inilah sebabnya. RVP tidak dapat dinafikan lagi memang mesin gol. Kalau dulu, RVP memacu Arsenal secara bersendirian, kini dia adalah penyerang sensasi Red Devils. Bakal legenda Manchester United.


Welbeck, seorang lagi penyerang yang memeningkan kepala Fergie. Bukan kerana perangai liar atau kecederaan, sebaliknya kerana kecemerlangan aksi. Welbeck juga kini di tahap prestasi gemilang, mungkin kerana cabaran dari RVP dan Rooney untuk Welbeck terus berada dalam pasukan.

Selepas menjaringkan dua gol untuk negaranya dalam kelayakan Piala Dunia menentang San Marino, bintang muda England ini terus meledak. Stoke juga menjadi mangsa. Fergie meletakkannya di sayap kiri kerana gandingan mantap RVP - Rooney. Tetapi nampaknya kemaraan Welbeck menjaringkan gol tidak dapat disekat.


Wayne Rooney, akhirnya sinarnya kembali berkilauan menerangi Theatre of Dreams. Rooney selepas kecederaan adalah Rooney lama yang ditakuti. Rooney sudah kembali.

Aku agak kecewa kerana terlepas perlawanan malam tadi. Kini aku sudah selamat berada di baiti jannati. Aku harap tak terlepas perlawanan Manchester United yang seterusnya menentang pendahulu liga, Chelsea. 

Jika prestasi jentera serangan terus konsisten dan gandingan RVP - Rooney terus mengganas, aku tak nampak sebab Chelsea akan mengutip mata. Cara paling baik untuk bertahan adalah dengan menyerang. Dan United sedang menikmati kemantapan aksi serangan setelah sekian lama. 

Barisan idaman aku kini sedang menerajui serangan United. Welbeck dan Rooney yang rajin dan berada di mana saja, Valencia yang mencetuskan masalah di sayap kanan, Scholes yang tenang mengawal jentera tengah dan ancaman Van Persie selaku penyerang tunggal akan menyakitkan kepala Roberto Di Matteo menjelang perlawanan di gelanggang lawan satu minggu dari sekarang.












p sepak s : Can't wait...


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif