Welcome To My Life...

Tuesday, April 23, 2013

Meluncur Salji


Meluncur salji, di Sunway Pyramid. Ceh.

Alhamdulillah, semalam bergembira bersama sahabat-sahabat bermain luncur ais. 


Sahabat yang gila-gila tapi cinta akan perjuangan mendaulatkan Islam. Sekali tengok, macam orang gila. Kalau kenal mereka, baru tahu mereka ni gila akan syurga Allah. Mereka inilah sahabat yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.


Sahabat yang sama-sama naik kereta si baju hijau. Mulanya nak naik bas sebab mengikut rancangan asal, ramai yang turut serta. Tiba-tiba pulak ramai yang batalkan hasrat di saat akhir. Mujur lah sorang sahabat ada kereta. Walaupun bersesak sikit, janji sampai dengan cepat dan selamat. Terima kasih daun keladi buat Rush. ^_^

Sebaik saja sampai, sebelum meluncur, kami singgah KFC dulu untuk makan tengah hari.


Mr. Bean a.k.a jiran aku yang sangat kelakar. Memang tak sah lepak dengan dia kalau tak gelak dengan kerenah dia yang gila-gila. Ex-KISAS ni, jangan main-main. Alhamdulillah, masih diteguhkan hatinya di jalan Allah. Mahir ke meluncur ais? Hahaha...

Dengan dialah aku kongsi makan kombo Bargain Bucket, enam ketul ayam dan tiga bekas nasi ayam. Weeee... nasib baik ada geng! Lama dah kot aku teringin. Terima kasih lar Awis. 


Selepas beberapa ketika kami beraksi, murabbi kami tiba bersama dua orang lagi sahabat. Alhamdulillah, ramai yang turut serta memeriahkan lapangan meluncur salji yang telah sesak dengan manusia berbilang bangsa. Ya, kanan sekali berjersi Inter Milan itulah ustaz kami. Inter Milan tu!


Nah, kemain gembira lagi dapat meluncur ais. ^_^

Bukan semua pro. Ada yang pertama kali, termasuk ustaz kami. Aku sendiri baru kali kedua bermain. Aku sebenarnya tak nak main kerana kekangan kewangan memandangkan pada sebelah malam aku akan bertolak pulang ke baiti jannati. Tetapi apabila ada sahabat yang begitu murah hati membantu untuk membeli sarung tangan, aku pun keberatan untuk menolak. Lantas terlibat jua.

Apabila baru sekali dua beraksi, biasalah kalau jatuh tu. Ada yang kali pertama dan terus mahir. Alhamdulillah. Ada yang kali pertama juga tapi tak jatuh, kenapa ya? Rupanya hanya melangkah perlahan. Yang jatuh mestilah yang cuba meluncur seperti aku. Aku percaya, usaha tangga kejayaan. Masa kita zaman bayi dulu, sebelum dapat berjalan, kita terjatuh banyak kali. 

Orang Inggeris kata, 'they who never fail never try something new'.

Aku pulak kata, "Setiap kali kita jatuh, kita bangkit lebih pantas dengan keazaman tidak mahu jatuh lagi". 

Nak lagi best? Sahabat aku yang turut sama meluncur semalam kata, "Mengapa malu untuk kita terjatuh jua, kerna kita belajar seribu satu cara, untuk tidak jatuh semula". Fuhh, mantap akh.

Bukan alasan untuk menutup kegagalan kami apabila terjatuh. Itulah hakikatnya. Jatuh seribu kali, tetap bangkit gagah berani. ^_^


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif