Welcome To My Life...

Tuesday, April 23, 2013

Home Again


Alhamdulillah, dengan izin Allah, selamat tiba ke baiti jannati. Home again.

Sebelum itu, tahniah kepada skuad Manchester United, pasukan kegemaran penulis yang telah menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2012/2013. Tahun 2013 mungkin tahun bertuah kerana kebetulan dua angka berganda yang ada membawa maksud istimewa. 20|13. 20 adalah kejuaraan liga total yang dimenangi dan 13 adalah jumlah kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak ia diperkenalkan pada 1992.

Tahniah juga kepada Robin van Persie yang dikritik hebat sebelum ni. Malam tadi menjaringkan kesemua gol dalam kemenangan 3-0 mengatasi Aston Villa yang mengesahkan kejuaraan liga musim ini. Hatrik yang tepat pada masanya termasuk satu voli luar biasa dengan teknik menakjubkan. Kekalahan Manchester City yang tewas 1-3 kepada Tottenham Hotspurs meletakkan United dalam situasi menang-dan-juara. Dan United tidak mengecewakan.

Okey, cukup setakat tu. Kalau aku cerita nanti, tak cukup lima belas ratus entri. 

Nak dijadikan cerita, malam tadi aku hampir terlepas bas. Nak nangis rasanya. Bas aku jam 10 malam. Aku pulak buat silap. Jam 9.30 malam baru nak keluar cari teksi. Aku buat andaian yang akan ada teksi di perhentian teksi kerana aku pernah buat kerja macam ni. Keluar lewat. Seingat aku, masa tu jam 9 malam. Bila aku sampai di stesen bas, baru jam 9.30 malam. Jadi aku sengaja keluar lewat.

Percaturan hampir memakan diri. Tiada teksi membuatkan aku rasa cuak. Sebelum aku keluar tu, kawan aku dah tawarkan diri untuk tolong hantar. Aku tolak dengan baik kerana tak mahu menyusahkan. Tapi di kala itu, hanya dia yang aku fikirkan untuk membantu. Lima minit melepasi jam 9.30 malam, masih tak ada teksi. Aku nekad, aku perlu minta bantuan. Aku pun hubungi sahabat tadi.

Aku bawak beg besar, jadi aku harap ada kereta yang dapat digunakan. Tapi sahabat yang ada kereta tu balik, dan untuk cari sahabat lain memang susah dengan waktu yang kian suntuk. Sahabat yang menawarkan diri tadi datang dengan motor 'Lagenda' berwarna hijau. Alhamdulillah, walaupun beg besar tu aku pegang dengan tangan kiri saja, yang lebih penting aku dapat sampai sebelum bas tiba.

Sungguh, aku bersyukur kepada Allah walaupun bukan teksi yang Allah hantar untuk membantu aku, tapi seorang sahabat yang luar biasa semangat ukhuwahnya. Alhamdulillah, Allah mengurniakan aku seorang sahabat yang merupakan bekas rakan serumah aku di kolej lama, dan kini jiran sebelah aku di kolej baru. 

Moralnya, jangan ambik risiko untuk keluar lambat dengan harapan atau andaian. Bahaya. Keluar awal, play safe. Aku menaip dari rumahku syurgaku, alhamdulillah...



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif