Wednesday, April 3, 2013

Interviu


Dah habis. Interviu dah selesai! Lega, alhamdulillah... takbir! 

Sekarang boleh fokus untuk peperiksaan final A-Level. I've gave my best shot.

Dia tanya semua soalan yang aku dah praktis. Kenapa IMU? Apa kualiti yang perlu ada pada seorang doktor? Soalan yang tak dijangka pun okey lar. Pernah jaga ahli keluarga yang sakit? Ada ahli keluarga yang belajar perubatan? 

Walaupun aku tak sangka soalan tu, tapi aku bantai secukup rasa. Kajian kes pun pernah berlatih soalan tu. Kalau kawan aku buat jenayah dan orang lain ditangkap, adakah aku akan beritahu polis kerana aku dah janji untuk simpan rahsia?

Aku jawab aku akan pujuk dia untuk beritahu polis. Ataupun, kalau dia tak nak, aku sendiri akan laporkan pada polis. Walaupun dia kawan baik aku, atau keluarga dia merayu, aku akan tetap dengan pendirian aku. Defend my opinion firmly.

Hari ni jugak dapat berita parlimen dah dibubarkan. Terima kasih PM. Saya nampak hijau. Lawan tetap lawan!



2 comments:

nazirah said...

alhamdulillah dah abes exam ye.. mudah2an berjaya.. aamiin

M Fizan said...

@nazirah alhamdulillah berjaya :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif