Welcome To My Life...

Saturday, April 20, 2013

Penamaan Calon


Jam 8 pagi, 20 April 2013 tarikh kalendar Masihi, pagi Sabtu yang cerah. Aku berkira-kira untuk tidur semula. Hujung minggu kan. Walaupun ada pelajaran yang perlu diulang kaji, aku nak cuti satu hari. Tiba-tiba rakan serumah bersiap untuk ke penamaan calon. Aku ingat semalam diorang main-main serius.

Berada dalam selimut, aku berfikir dengan pantas. Syaitan membisikkan untuk terus tidur dari turut sama berarak. Tapi Allah mengizinkan detik hati yang berbisik 'sekali dalam lima tahun'. Itu cukup untuk membuatkan aku bangun dan bersiap. Aku mahu merasai pengalaman ini buat kali pertama setelah hampir dua dekad hidup di atas bumi Allah.

Selepas penat tercari-cari, akhirnya kitorang bertemu jua perarakan calon. Pantas motor diparkir dan kitorang bergegas mara pantas ke hadapan. Tak perlu aku cerita barisan biru atau barisan hijau yang kami sertai.

Cukup aku katakan, lautan yang kami selami adalah lautan yang memperjuangkan agama Allah dengan usaha membawa agama Allah ke puncak pemerintahan. Sungguh aku berasa tenang dan damai hati berada bersama mereka. Tenang melihat muslimat turut bersama muslimin, isteri bersama suami, dan anak kecil bersama ibu bapa memeriahkan perarakan.

Alhamdulillah, Allah mengizinkan aku berada di sana. Syukur ya Allah. Aku mengalami sendiri situasi yang aku hanya pernah mendengar cerita sebelum ini. Kini aku boleh bercerita! Suasana hari ini di Shah Alam, molek dan tenang. Segala puji hanya bagi Allah, keadaaan tenang tanpa provokasi. Urusan penamaan calon berjalan lancar.

Kami pulang pada jam 10.30 pagi walaupun majlis belum selesai. Apa yang aku boleh ceritakan, di barisan sana, wanita dibiarkan membentengi kaum yang lebih gagah. Astagha. Sedangkan di barisan kami, muslimin termasuk pemuda membentengi muslimat. Aku sendiri di barisan hadapan. Aku layak bercerita!

Dalam barisan kami, selawat dan doa berterusan dengan diketuai beberapa orang ustaz termasuk UNK. Sempat lagi UNK menyampaikan ilmu tentang takbir raya yang Rasulullah alunkan dalam peperangan untuk memohon kemenangan dari Allah. Doa dipanjatkan untuk meminta pertolongan Allah memberi kemenangan kepada pendokong agama Islam.

Moga Allah redha. Moga Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar. Moga kali ini yang hak akan menewaskan yang batil.

Takbir! Allahuakbar!


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif