Friday, April 26, 2013

Haram dan Halal


Status FB aku hari ni:
"Apabila perkara yang halal disukarkan, perkara yang haram menjadi kelaziman."

Nafikan kebenarannya!

Hari ni kita lihat ibu bapa tidak lagi mendorong anak muda untuk memilih hubungan yang halal pada usia remaja. Mengapa? Kalau dulu remaja boleh kahwin muda, kenapa tidak sekarang? Sedangkan dengan zaman yang semakin maju, pergaulan bebas semakin tidak terkawal diperangkap nafsu.

Hiburan yang melekakan membuatkan pancaroba dan dugaan buat anak muda semakin parah. Ada antara mereka yang mahukan hubungan yang sah (termasuk aku?). Tetapi perkara yang halal itu menjadi susah. Niat yang suci dihalang ibu dan ayah. Kenapakah?

Memang aku tak nafikan. Aku dah dengar banyak cerita kegagalan. Aku tahu nikah bukan satu permainan. Aku tahu tanggungjawab dan amanah bukan untuk pertaruhan. Tapi aku yakin dengan kesabaran dan keinginan, saling melengkapi dua insan membina kebahagiaan.

Aku sedar, kita dimomokkan dengan ayat-ayat pemusnah impian. Jangan kahwin sebelum terjamin masa depan. Jangan nikah sebelum bagi mak ayah rasa gaji kita. Jangan gatal nak kahwin sebelum bekerja. Bina karier baru bina rumah tangga. Semuanya cerita dongeng yang menambah kerosakan sedia ada.

Apa salahnya kita positif sikit? Allah dah janji, rezeki tu ada. Kalau kahwin pun, tak semestinya semua tak bagus saja. Benda yang baik, apalah salahnya.... Takkan nak biarkan zina bermaharajalela. Cuba mudahkan hubungan yang halal dibina. Anda mampu mengubahnya.

Saya sayang belia. Fikirlah untuk mereka. ^_^



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif