Welcome To My Life...

Saturday, April 20, 2013

Mendaulatkan Islam


Alhamdulillah, malam ni Allah sekali lagi mengizinkan aku berada di bawah sayap para malaikat. Majlis ilmu di Masjid Negeri Shah Alam. Forum Perdana dengan diketuai moderator Prof Madya Ridhuan Tee dan dua orang ahli panel, Ustaz Roslan dan Ustaz Heryanto Rizal. 

Aku tak berapa ingat tajuk kerana terlalu panjang. Ringkasnya forum berkaitan tanggungjawab umat Islam dalam menyebarkan dakwah. Ya, lebih kurang begitulah maknanya. Maaf jika tersalah kefahaman. Mohon diampunkan. 

Prof Ridhuan sememangnya moderator yang sangat berkaliber. Rentak yang konsisten dan kemas menyimpul rapi penyampaian ahli panel. Hebat jua ahli panel yang duduk di sebelahnya. Ustaz Roslan kurang jenakanya, sangat seriusnya. Tapi penyampaian memang mantap. Isinya jelas. Ringkas dan padat. 

Ustaz Heryanto pula dikurniakan Allah dengan bakat berjenaka. Memang tak kering gusi. Tidaklah setiap ayatnya melucukan tapi analogi yang diberikan sebagai contoh menggelikan hati. Bagaimana apabila beliau bercakap tentang kita mestilah menyesuaikan diri dengan status kita sebagai pendakwah. 

Kereta Mercedes tak digunakan untuk merobohkan tembok. Begitu juga jentolak tak dibawa ke pejabat. Itulah analoginya yang mudah tetapi berkesan untuk difahamkan. Tapi penyampaian Ustaz Heryanto sedikit panjang kerana banyak yang ingin diperkatakannya. Kasihan Prof Ridhuan tak dapat mencelah. ^_^

Dua soalan pemanas badan tak berapa aku ingat. Mungkin kerana di awal forum. Enjin ingatan aku masih belum panas. Tapi dua soalan terakhir, satu untuk Ustaz Roslan dan satu lagi untuk Ustaz Heryanto kemas di minda. Soalan pusingan kedua untuk Ustaz Roslan, jemaah mana yang terbaik untuk diikuti. Nah, soalan pancung!

Mujur Ustaz Roslan tenang, dengan rentak yang konsisten, menjawab sehabis neutral. Tiada kecondongan yang akan menimbulkan rasa tak puas hati. Berhemah jawapannya. Mantap isinya. Antaranya, kita ada peranan berbeza dalam menyebarkan syiar Islam. Buat kerja masing-masing. Cara mungkin berbeza, matlamat tetap sama, mengesakan Allah.

Contohnya (yang dimulakan oleh Ustaz Heryanto dalam pusingan pertama), dalam pasukan bola sepak, bukan kesemua sebelas orang pemain beraksi di posisi penjaga gol. Ada yang jadi pertahanan perlu kuat, ada pemain tengah perlu bijak, ada penyerang perlu laju. Itu analogi. Kata Ustaz Roslan, dengan satu hujah (maaf, aku kurang ingat), apabila ada perbezaan, berlapang dada. Jangan bermusuhan.

Soalan terakhir untuk Ustaz Heryanto juga soalan pancung. Huraikan 'lebih baik syaitan dikenali daripada malaikat tak dikenali'. Pening jugak Ustaz Heryanto yang katanya, dia mengulas sesuatu topik berdasarkan ulasan ulama terdahulu. Tapi pepatah moden ni tak diulas lagi. Akhirnya dia memberikan jawapan yang baik yang aku tak tahu nak simpulkan macam mana. 

Memang tak rugi aku pergi dengar. Ilmu yang bermanfaat, insyaAllah akan aku amalkan.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif