Welcome To My Life...

Tuesday, April 23, 2013

Champion 20|13


Selepas kegagalan menyakitkan musim lepas, para pemain dan penyokong Manchester United kembali ceria awal pagi tadi. Musim lalu, United terlepas kejuaraan liga dalam perlawanan terakhir apabila Manchester City memenangi liga dengan gol paling dramatik dalam masa kecederaan menentang QPR. Kali ini tidak lagi. Berbaki empat perlawanan, skuad Syaitan Merah ditabalkan selaku juara musim 2012/2013.

Penyokong Chelsea, Arsenal, Liverpool, Tottenham, dan Manchester City sila jangan cemburu. Sila cuba lagi tahun depan. ^_^


Alex Ferguson, dialah pengurus yang terhebat sepanjang zaman. Jika pemain United dilihat begitu dahagakan kejuaraan, manusia inilah yang lebih dahaga. Lebih dua dekad mengurus United, membawa Red Devils ke puncak kegemilangan, dia masih belum puas dengan deretan trofi yang dimiliki. Ketika dia mula memimpin, United masih ketinggalan di belakang Liverpool dari segi jumlah kejuaraan liga yang mendahului carta dengan 18. Dua puluh tahun kemudian, United sudah memiliki 20.


Jika ada seorang pemain yang layak dikatakan tulang belakang kejayaan United musim ini, dialah Robin van Persie yang dibeli dari Arsenal musim panas lalu. Tidak hairanlah dia menjadi idaman Alex Ferguson. Ketajamannya di awal musim meletakkan United begitu selesa memiliki mesin gol yang boleh diharapkan. Sejak akhir-akhir ini, dia hilang punca. 12 perlawanan tanpa gol, dia dikritik hebat dan dikatakan sudah hilang sentuhan.

Form is temporary, class is permanent. Begitu kata omputeh yang aku setuju sangat. United menjuarai liga dengan kemenangan 3-0 mengatasi Aston Villa dan RVP meledak hatrik. Satu voli untuk gol kedua begitu mempesonakan dengan teknik yang sangat hebat. Dialah penyerang unggul dengan jersi nombor 20 dan membawa United menjuarai liga buat kali ke-20. Dan ini kali pertama untuk RVP. Tahniah!


Phil Jones (kiri) dan Danny Welbeck, dua pemain muda berbakat yang semakin matang dan akan terus menyinar musim depan. Walaupun tanpa Alex Ferguson selepas ini, mereka akan terus menggerakkan Syaitan Merah.


Antonio Valencia, Nani, Javier Hernandez.


Inilah barisan pintu gol United yang begitu penting. Ketika pintu gol gagal dibolosi, dan saat pintu gol kerap dibocori, merekalah yang bertanggungjawab. Walau banyak mana sekalipun gol yang terbolos, banyak juga percubaan lawan yang dapat diselamatkan. Dari kiri ke kanan, David De Gea, Eric Steele (jurulatih penjaga gol), dan Anders Lindegaard.


Riang ria menjadi juara. Hernandez, RVP, Wayne Rooney dan Rio Ferdinand. Cuma RVP yang baru merasa pengalaman menjadi juara. Hernandez rasanya baru kali kedua. Rooney dan Ferdinand sudah terbiasa. Hanya kepuasan mendiamkan City menambah perisa.


Dua pemain veteran dalam skuad Alex Ferguson. Ryan Giggs dan Rio Ferdinand. Giggs yang kini berusia 40 tahun telah memenangi kejuaraan liga yang ke-13 musim ini, sama banyak dengan jumlah kejuaraan liga pasukan Arsenal! Sejak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan pada 1992, Giggs telah mencipta rekod menjaringkan gol setiap musim.


Musim depan cabaran pasti lebih hebat kerana semua pasukan cuba menyingkirkan United. Sekarang masa untuk bergembira!


Siapa pun pemain yang akan dibeli pasukan lain, United sedang menanti kehadiran bintang muda, Wilfried Zaha. Dengan jangkaan Robert Lewandowski akan menambah bisa di jentera serangan dengan perpindahan dari Borussia Dortmund, United hanya akan menjadi lebih kuat. Ditambah kematangan pemain muda yang menyerlah musim ini, treble musim depan mungkin akan menjadi kenyataan!

Glory glory Manchester United.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif