Tuesday, April 23, 2013

Minta Maaf



Itulah status FB seorang kenalan. Benar, ia sangat benar.

Awak, saya selalu mintak maaf. Walaupun awak dah maafkan saya. Memang saya banyak salah, tapi awak dah cakap awak maafkan saya. Dan saya masih juga nak minta maaf.

Kadang-kadang, saya pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana rasa bersalah yang menebal dalam diri. Ya, mungkin itu masih sebahagian sebabnya. Tapi bila awak cakap awak dah maafkan salah saya (walaupun saya tak tahu ketulusan awak), saya hairan kenapa saya masih nak minta maaf.

Hakikatnya, saya takut. Saya betul-betul takut kehilangan awak. 

Saya tak paksa awak percaya saya pun. Terpulang awak nak percaya atau tidak. Tapi bila saya menulis tanpa saya tahu sama ada awak akan terbaca atau tidak, bermakna saya jujur dengan perasaan saya.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif