Welcome To My Life...

Saturday, April 20, 2013

Sayonara Part 2


Semalam ada potluck dalam waktu subjek Kimia. Pensyarah dengan baik hatinya mengizinkan jamuan makan memandangkan kitorang pun tak ada mood nak belajar walaupun peperiksaan besar A-Level menanti. Ah, lupakan.

Biar gambar bercerita.


Haaa, ni la semua makanan yang ada. Ada nasi goreng, ada kentang goreng, ada roti sardin, ada mashed potato, ada sushi, ada pengat pisang. Cupcake pun ada. Pendek kata, macam-macam ada! Kitorang bahagikan tugas. Orang tu bawak tu, orang ni bawak ni. Kerjasama ala Wonderpets.


Cupcake yang disusun menjadi bentuk 'hati'. Yeah. Aku bangga dengan anak-anak buah aku. Cehh. Yang kad berbentuk 'hati' tu ada pesanan yang ditulis dari seseorang kepada seseorang. Kitorang tukar-tukar hadiah. Nama dicabut. Maksudnya, si fulan dah tau nak bagi hadiah kepada siapa pada hari sebelumnya. Cupcake ni sebagai tambahan.

Hadiah tu sepatutnya dikatakan mestilah 'barang yang ada nilai sentimental'. Tapi, bebudak ni pergi beli barang baru kat kedai. Ada yang beli baju, patung beruang dan yang sewaktu dengannya. Korang tak faham bahasa eh? Haha.


Yang ni, part aku bagi 'hadiah' dan cupcake. Hadiah lar sangat. Haha. Apa dalam plastik tu? Rahsia sulit kerajaan Malaysia. FBI cari benda tu. Benda apa? Biarlah rahsia dan terus menjadi misteri nusantara. Kim, i value that 'thing'. You don't need to read, just keep it. LOL.


Sesat. The reason.


Just boys. Ekceli ada sembilan budak lelaki dalam kelas 12M5. Tapi budak India sorang tu mana sesatnya. Geram jugak. Tak lengkap jadinya gambar. Biarlah dia.

Abaikan kegedikan pose yang melampau. *sigh


Ukhwah fillah abadan abada. Kita bertemu kerana Allah, berpisah juga kerana Allah. :')


Kami semua. Eh, tolak sorang. Ah, dia lagi menyebabkan gambar ni tak sempurna. Masalah betul budak sorang tu. Eh, pose sama. Tiru....


Moga Allah merahmati kalian semua. Buat yang beragama Islam, moga Allah menetapkan kalian di atas jalan-Nya sehingga akhir nafas. Buat yang bukan Islam, moga Allah memberi hidayah-Nya kepada kalian. Tiada agama yang benar selain Islam. Bersaksilah, bahawa kami penganut Islam tidak sempurna, tetapi agama Allah itu sempurna.

Thanks for the memories. I love all of you, guys!

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif