Saturday, April 20, 2013

Sayu


Sayu
Menjadi bahasa bisu
Apabila yang pernah bertamu
Meninggalkan diriku

Awak, setiap hari saya stalk fb awak. Saya tengok gambar awak. Setiap hari saya rasa sedih. Kenapa awak kini berstatus 'masa lalu' bagi saya? 

Setiap hari tekad saya semakin utuh. Apa pun yang terjadi, saya mahu awak jadi 'masa depan dan selamanya' untuk saya. Saya mahu kita bertemu di jannah.

Awak, walau berapa kuat awak cuba menolak saya ke tepi, saya akan kembali ke sisi. Sekarang saya berserah pada Allah. Pasrah dalam doa. Kalau awak untuk saya, awak takkan dapat lari. 

Satu hari nanti, apabila masanya telah sesuai, saya akan pinang awak dengan kalimah bismillah. Dan saya akan biar awak baca entri ni untuk awak tahu, saya tak pernah lupa 'cerita kita'.

Uhibbukifillah, abadan abada.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif