Assalamualaikum.. salam sejahtera..
20/11/2011.. satu lagi tarikh cantik selepas 11/11/11.. emm.. dan aku lihat di fb ramai saudara-saudara seagama mengharapkan sesuatu keajaiban dengan hadirnya tarikh istimewa ini.. hanya sekali seumur hidup.. tak mungkin berulang lagi.. tapi bukanlah tarikh itu yang membawa keajaiban.. hanya Allah yang Maha Berkuasa.. kepada Allah sepatutnya kita berdoa.. dan doa kepada Allah boleh saja dilakukan bila-bila masa setiap hari.. kerana Allah Maha Mendengar tidak pernah tidur mahupun terleka.. kita saja yang terlalai daripada berhubung dengan-Nya..
Sedangkan Allah menanti hamba-Nya menadah tangan berdoa kepada-Nya.. hanya kepada Dialah sepatutnya kita memohon, merayu dan meminta.. usah ditagih cinta orang yang tak sudi.. Allah telah menjanjikan yang terbaik buat kita.. jika ada kekeliruan, mohonlah petunjuk Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Bijaksana.. tetapi itulah yang kita tidak lakukan.. sebahagian kita lebih senang meminta pandangan manusia.. dan apabila dikecewakan kerana tersilap membuat pilihan, kita mudah pula menyalahkan Pencipta..
Hadirnya tarikh ini seperti juga tarikh-tarikh indah yang lain, hanya membawa keunikan yang sepatutnya kita hayati.. kita bertuah kerana sempat menikmati udara pada hari yang istimewa ini.. tidak salah jika ramai daripada kita mengambil kesempatan tarikh unik ini untuk mengabadikan kenangan terindah sepanjang usia.. majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya.. itu tidak salah.. tetapi yang salah adalah apabila kita percaya tarikh-tarikh ini yang membawa tuah.. sedangkan tarikh sebegini tidak berkuasa sedikit pun.. Allah yang Maha Tinggi, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. berdoalah kepada-Nya setiap hari.. insya-Allah akan dimakbulkan jika diri kita bersih daripada dosa..
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?”(Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi).
Ingatlah sentiasa wahai saudara-saudara seagamaku.. kasih Allah tiada mengenal tarikh dan masa..
p palang s : Manusia, manusia..
No comments:
Post a Comment