Welcome To My Life...

Tuesday, November 1, 2011

Kerana Bosan



Assalamualaikum..

Saat kebosanan melanda, inilah hasilnya.. subjek Matematik telah diulangkaji sehingga senak medulla oblongata.. jadi sebelum serebrum membeku, adalah baik kiranya aku merehatkan enjin otak nie dan melakukan sesuatu yang tidak ada manfaat.. huhu.. don't try this at home.. bila tak ada kerja, aku mula lar godek-godek Adobe Photoshop CS5.1.. sebenarnya dah lama terniat nak cuba buat gambar macam nie.. tapi tak pernah ada kesempatan.. ini cubaan pertama.. jadi nampak agak jelas lar kecacatcelaannya.. amboi, teruk Bahasa Melayu aku.. lalala..

Kalau nampak buruk, korang jangan lar menghina yer.. saya budak baru belajar.. kalau salah, tolong lar belanja makan... okey, takde kaitan.. aku pun tak pasti adakah gambar itu sudah boleh dikategorikan siap.. aku rasa masih ada sesuatu yang kurang.. tapi kalau dipenuhkan sangat, nanti semak pulak.. jadi itulah hasilnya.. aku rasa sudah memasuki kategori memuaskan hati nurani sanubari dan pedal, limpa serta bla bla bla..

Korang pun boleh lar cuba kalau bosan.. bukak Adobe Photoshop dan mula lar godek-godek.. tiru macam saya.. ^_^ apa? Tak ada Adobe Photoshop? Sila lar download laju-laju.. jangan malu-malu.. jangan segan-segan ya.. sekian dulu.. nak main godek-godek Photoshop lagi.. lalalala...











p tampar s : Merepek tak sudah..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif