Assalamualaikum...
Emm.. hari Jumaat, penghulu segala hari.. sasaran 40 pingat emas Sukan Sea 2011 tercapai.. skuad futsal dibelasah 9-2.. beregu lelaki menamatkan cabaran skuad badminton.. ermm.. okey, itu sekadar mukadimah arus perdana.. huhu.. motif aku menaip entri nie adalah untuk mengemukakan apa yang aku rasa telah disembangkan Wak Sameon di Kedai Kopi Muthu dan digosipkan Kak Joyah bersama Kak Senah semasa menyiapkan tempahan karipap.. blogger sekarang bikin panas!! Bukan semua blogger... hehe.. sekumpulan kecil sahaja.. atau bahasa tinggi sikit, MINORITI.. yang memang dah tak ada kerja lain lalu menyalahgunakan event facebook..
Bila aku cakap pasal event, mesti ramai yang dah faham kan.. "Ohh... kes tu....."
Tepat sekali.. kes tersebut lar yang menimbulkan rasa tak puas hati kebanyakan blogger.. bukanlah kitorang nie poyo atau bajet hot stuff.. tidak sama sekali.. aku pun bukanlah blogger hebat.. sekadar blogger picisan dari Marikh yang singgah ke Bumi menyampaikan satu dua ayat.. moga mendatangkan manfaat kepada umat Muhammad.. kes yang dimaksudkan dengan event nie adalah penyalahgunaan event fb oleh satu golongan kecil blogger yang aku katakan "gila glamor"..
Okey, i'm not typing to condemn anyone.. just reminding as a human.. event seperti Like contest dan Follow Blog Saya tu tak payah lar invite pakai event.. menyampah mak nyah.. walaupun ada ayat-ayat suci "tolong dapat pahala", "buat baik Allah suka", "tolong kalau ikhlas", "kalau sudi tolong lar", lama-lama aku muak dengan situasi nie.. tolong lar.. aku tak kisah kepada yang join contest tu untuk berusaha mencari penekan butang "Like".. okey.. korang menjadi mangsa manipulasi fb.. korang boleh jer promote dari profile ke profile kawan2 fb korang.. mintak tolong tu tak salah.. tapi jemputan event tu sangat menjengkelkan..
Mintak tolong like penyertaan contest tu aku boleh sabar lagi.. tapi bila dah invite event nak suruh follow blog, memang aku decline terus lar.. maaf yer.. saya bukan kerek.. tapi cara anda tu memanaskan mata saya.. dah tak ada modal ke?? Huhu.. aku bukan naik senang-senang.. ikut lar tips blogger-blogger otai.. Blogwalking, berkenal-kenalan.. ziarah-menziarahi.. kalau dah guna event tu, memang bagi aku gila follower lar.. entah apa-apa.. memang buat blog semata-mata nak cari follower ke nyah? Kirim salam jer lar.. tak hadap aku..
Contohi lar Bro Ben Ashaari.. dia blogger tolong orang.. dia tolong blogger baru.. kalau nak sangat glamor, mintak tolong dia.. aku tak terlawan dengan Incik Ben kita tu.. tapi kalau nak tips, aku ajarkan.. aku pun bukan lar blogger masyhur macam Yuyu Zulaikha, tapi aku tahu cara naik.. dan cara aku naik bukan lar dengan jemputan event macam tu.. aku naik dengan ikut tips otai-otai blogger.. aku masih blogger picisan.. tapi aku tak menyusahkan orang.. renung-renungkanlah.. kalau kita tak menyenangkan orang, jangan kita menyusahkan orang tu..
p palang s : Panjang sungguh merapu..
No comments:
Post a Comment