Welcome To My Life...

Tuesday, November 1, 2011

Ikhlas


Assalamualaikum..

Ikhlas... I-K-H-L-A-S.. mengejanya semudah berkata-kata.. tetapi maknanya tidak semudah yang disangka.. mudah untuk mengatakan kita ikhlas.. tetapi adakah benar ikhlas itu di dalam hati? Ikhlas itu abstrak.. tidak dapat disentuh, dilihat dan dirasa oleh lima pancaindera asas kita.. tetapi ianya dapat dirasakan.. sama ada kita ikhlas ataupun tidak, itu bisa dimengerti oleh orang lain yang menilai tingkah laku kita.. memang mudah untuk menilai seribu orang lain daripada menilai diri sendiri.. ya, memang mudah.. kita boleh mengatakan orang lain ikhlas atau tidak tetapi sukar untuk menilai diri sendiri.. dan kita memerlukan orang lain pula untuk menilai kita ikhlas atau tidak..

Apabila kita melakukan sesuatu dengan tidak ikhlas, akan terserlah betapa hasil kerja kita itu tiada 'jiwa'.. tiada sentuhan sesuatu bernama "ikhlas".. bukan Ikhlas bin Syarifuddin.. tapi keikhlasan.. ya, apabila kita melakukan sesuatu kerna terpaksa - dengan hati yang bersalut amarah - maka hasilnya sangatlah tidak sempurna... jelas kelihatan.. contohnya, jika kita diminta untuk menjawab soalan latihan.. dan kita melakukannya dengan menyumpah-nyumpah.. marah-marah kerana terpaksa.. pasti sukar untuk menjawab kerana kita dikuasai syaitan.. begitu juga jika kita diminta menjaga budak kecil.. jika tiada keikhlasan, sukar untuk kita menyempurnakan tugas dengan baik..

Sebenarnya, jika kita melakukan sesuatu kerja dengan hati yang ikhlas dan rela, semuanya akan menjadi mudah.. kita akan merasa senang melakukan kerja tersebut dan hasilnya pasti akan memuaskan.. unbelieveable? Believe it! Lakukanlah sesuatu dengan ikhlas.. semoga kita mendapat balasan yang baik.. insyaAllah..










p cepuk s : Merapu lagi dan lagi..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif