Tuesday, November 15, 2011

Akhirnya Tamat Jua


Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. akhirnya tamat jua semester 1... aku rasa macam tak percaya.. terlalu pantas masa berlalu.. rasa macam sebulan lepas aku saja risau pasal peperiksaan akhir semester.. dan 10.30 pagi tadi aku telah menamatkan jawapan kertas terakhir untuk semester ini.. dan 2.15 petang nanti aku akan berlalu meninggalkan Shah Alam untuk pulang ke pangkuan Changlun.. rumahku, syurgaku.. dah lama aku tak menjenguk blog.. memang tak sempat.. masa aku dihabiskan dengan ulangkaji.. memang berat nak berjauhan dengan diari tercinta aku nie.. tapi demi masa depan aku gagahkan jua..

Bersawang dah medium aku meluahkan perasaan nie.. entah bila post terakhir pun aku tak ingat lar.. insyaAllah lepas nie diari nie aku tak akan tinggalkan sendirian lagi.. bukan apa.. dekat kolej aku tak ada sambungan internet.. satu kebaikan jugak lar supaya aku tak menghadap laptop 24 jam.. aku bukak laptop pun bila tension sangat.. main game bola dua tiga perlawanan.. hehe.. dengar lagu.. itu jer lar rutin aku.. sepanjang sebulan nie.. buku, buku, buku.. itulah hidup aku.. makan buku, mandi buku, tidur buku.. risau dengan buku semata-mata.. alhamdulillah aku berjaya juga habiskan apa yang perlu dibaca untuk setiap subjek..

Jawab tu boleh lar.. betul ke salah atau ikut skema ke tidak tu bukan aku ada jawapan.. huhu.. aku bertawakal jer lar.. dan kawan-kawan tolong doakan aku yer.. memang penat sangat semester nie.. hidup di kolej lebih mencabar daripada sekolah menengah.. dan pastinya lebih tinggi aku belajar, pasti sama di mana jua, akan semakin susah.. semuanya bergantung kepada diri sendiri.. cikgu dan pensyarah semuanya tak dapat buat apa-apa.. terletak pada keazaman sendiri.. huhu.. panjang dah aku merapu nie.. moralnya, sediakan payung sebelum hujan..










p palang s : Tak habis-habis merapu..

2 comments:

suha said...

budak medic mmg kena bnyk buku hehe budak kaunseling tak yah lalala (^_^)

M Fizan said...

@suha hahaha.. gelak sorang2 baca komen akak.. penat oi akak belajar medik.. lalala

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif