Tuesday, September 20, 2011

Aku Benci Facebook


Assalamualaikum..

Amboi.. tajuk.. macam nak mintak penampar Mark Zuckerberg jer.. huhu.. aku bukan benci Facebook.. aku dah bersahabat baik dengan Facebook dari dulu lagi.. tapi tadi masa aku cari gambar macam nie, rupanya ramai yang anti dengan Facebook nie.. apakah dosa 'beliau' pun aku tak tahu.. mungkin mereka itu pendengki Zuckerberg atau hartawan yang nak beli Facebook tapi tak dapat.. okey, itu mukadimah jer.. mukadimah yang jelas tak ada kaitan dengan tujuan aku menulis entri nie.. adakah Facebook ada kaitan dengan rentak aku menaip entri nie??

Ya, korang tak perlu sumpah-sumpah aku jadi sesumpah atau maki-maki aku.. sebab Facebook memang berkait rapat dengan persoalan yang ingin aku tanyakan.. pernah tak korang bayangkan? Pernah tak?? Soalannya.... soalan nie dah aku peram hampir dua minggu.. masa aku bukak laptop.. tetiba jiran aku tanya satu soalan yang membuatkan aku terduduk di atas kerusi walaupun ketika itu aku memang sedang duduk.. dia tanya "kalau kita tak bukak fb, kita nak buat apa?"

Maka, itulah soalan paling sukar pernah aku dengar dalam sejarah dunia.. haha.. pernah tak korang bayangkan.. kalau tak online facebook, apa yang korang nak buat? Soalan nie khusus bagi sahabat-sahabat baik facebook saja.. yang berjaya mengasingkan diri daripada 'makhluk berbahaya' bernama facebook, tahniah aku ucapkan.. yang tak berjaya atau belum berjaya, tepuk dahi tanya minda anda... renung-renungkan.. wassalam...












p/s : Esok ujian CTIS10.. errr...

4 comments:

Eyra. said...

Kalau takde facebook, myspace mesti femes balik. Hehe.

merahitujambu said...

ber fb berpada-pada...jgn salah guna dh

SweetLikeWhat said...

memang agak susah soalan tuh..hehe

M Fizan said...

@Eyra. hehe..myspace sekarang dah ketinggalan zaman.. kalau ada laman sosial baru, fb pun akan terima nasib sama.. huhu..

@merahitujambu bab salah guna tu yang tak terkawal...

@SweetLikeWhat hehe.. soalan yang lebih sukar daripada soalan matematik tahap tertinggi..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif