Assalamualaikum..
Petang nie pukul 7 waktu Malaysia, wira-wira bola sepak negara akan berjuang dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan pusingan terakhir Kelayakan Sukan Olimpik menentang gergasi Asia, Jepun.. kualiti semasa mungkin menyebelahi Jepun dan kemenangan mungkin satu harapan berbanding kemungkinan.. Jepun mungkin terlalu kuat berbanding pasukan negara yang baru meningkat.. tetapi sekurangnya kita perlu menyokong pasukan negara sebagai rakyat yang patriotik.. aku tetap setia menyokong pasukan negara walaupun pasukan kita dibelasah 4-0 sekalipun..
Dalam bola sepak apa juga boleh berlaku.. bunyinya memang agak mustahil.. tidak dapat dinafikan.. sekurangnya aku mahu melihat pasukan negara memberikan tentangan dan aksi bersemangat.. jangan mundur sebelum berjuang.. mereka manusia biasa.. begitu juga kita.. kalau mereka mampu, kenapa kita tidak?? Aku akan turun bersama para penyokong skuad negara ke bilik TV Kolej Cendana petang nie untuk memberikan sokongan padu.. marilah kita bersama-sama mendoakan skuad bola sepak negara.. selamat berjuang Harimau Malaya.. doa kami bersama kalian...
p/s : Entri debat olok-olok akan datang..
No comments:
Post a Comment