Welcome To My Life...

Friday, September 9, 2011

9 September

Assalamualaikum..

9 September.. tarikh yang cantik (09.09).. sekali lagi muncul dalam kalendar Masihi.. apa yang aku merapu nie.. hari nie Jumaat.. penghulu segala hari.. apa lagi? ya, hari ini adalah hari sebelum Sabtu.. jadi apa yang pentingnya??? Sabar, sabar, sabar.. esok hujung minggu.. yeah!!! Kelegaan yang sangat indah.. dengan tugasan yang tidak bertimbun, maka hujung minggu ini adalah hujung minggu yang menenangkan buat blogger yang kurang sihat macam aku.. aku masih lagi dalam proses pemulihan.. walaupun belum seratus persen pulih, aku berjaya menghadiri kelas pagi tadi..

Apa yang ada dengan 9 September nie? Apa yang sentiasa bermain di fikiran aku cuma filem 9 September lakonan Pierre Andre dan Fasha Sandha yang pengarahnya ialah Pierre Andre sendiri dan diterbitkan pada 2007.. antara filem Melayu yang berjaya menarik perhatian aku.. filem komedi romantik yang menyentuh hati.. lagu OST pun menarik.. itu saja yang best pasal 9 September ke? hahaha.. korang ada detik-detik manis ke atas tarikh yang unik nie?? Meh kita tengok fakta-fakta kejadian yang berlaku pada tanggal 09.09..

::Fakta Tahukah Anda::
1791 - Ibu negara Amerika Syarikat (Washington DC) dinamakan atas nama Presiden George Washington
1948 - Kim-Il Sung mengisytiharkan penubuhan negara Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara)
2009 - Rangkaian kereta api bandar pertama di Semenanjung Arab (Dubai Metro) dirasmikan tepat jam 9:09:09 PM

Antara orang terkenal yang dilahirkan pada tarikh ini adalah pengasas KFC, Kolonel Sanders (1890), ulama terkenal Islam, Yusuf al-Qaradawi (1926) dan pelakon komedi terkenal Holywood, Adam Sandler (1966).. banyak lagi yang korang dapat baca di sumber INI..

Itu saja yang aku nak kongsikan.. semoga korang terhibur.. wassalam.. :)












p/s : Lapar lar pulak...
Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif