Monday, May 2, 2016

Full Body Workout

Assalamualaikum.

Train insane, or remain the same. No pain, no gain.

Bila dah chubby sikit, mesti ramai yang rasa nak kurus. Mulalah diet Atkins, diet itu diet ini. Tapi diet semata-mata memang lambat kalau tak disertakan dengan senaman. Diet yang bagus kena kurangkan nasi. Nasi tu tak berapa kurang dalam diet aku tapi sekarang aku amalkan full body workout setiap hari. Lepas je balik kelas dan solat, memang rutin aku sekarang untuk bersenam. Tak perlu ke taman tasik, dalam rumah pun boleh. Dijamin berpeluh.

Aku baca dari beberapa sumber untuk full body workout dan aku gabungkan untuk template aku sendiri. Boleh ubah suai sesuka hati. Yang penting melibatkan semua anggota badan. Nak mula memang susah. Sebab permulaan perjalanan ni memang perit sikit. Mula aku buat tu memang sakit seluruh badan. Bila dah lali, tak rasa sengal pun. Alah bisa, tegal biasa.

1. Jogging 40 seconds
2. Jumping jack x50 (lompat bintang)
3. Squat down x30/40 
- berdiri, turun sampai cangkung, dan berdiri semula
4. Push up x10/20 
5. Side lunges x40 
- kangkang seluas boleh, kemudian rendahkan setiap belah kaki sampai paras lutut secara berturut-turut
6. Jumping jack x50
7. Bicycle crunches 30 seconds
- baring, angkat kaki yang diluruskan dan kayuh di udara
8. Regular crunches x30
9. Push up x20
10. Jumping jack x50
11. Triceps dips x20/30
12. Alternate knee down (nama hentam sajalah)
- cuba melangkah sejauh boleh setiap belah kaki dengan lutut kaki sebelah lagi menyentuh lantai
13. Jumping jack x50
14. Scissor abs x30
- kaki diangkat 90 darjah dan tangan cuba sentuh setiap belah kaki

Jumping jack tu memang sengaja aku pisahkan kepada beberapa set. Jumlahnya 200 kali lompat bintang. Tak adalah bosan sangat sekali lompat sampai lama sangat. Keseluruhan template aku ni mungkin memakan masa setengah jam ataupun kurang. 

Sebenarnya template aku ni tak berapa ekstrem. Sekadar keluar peluh bolehlah. Tapi alhamdulillah, dah nampak perubahan sikit, walaupun aku tak kurangkan nasik dalam diet. Boleh nampak perubahan bentuk badan. Kalau digabungkan dengan diet yang berdisiplin, insyaAllah hasilnya memuaskan.

Apa pun kena disiplin dan bersungguh-sungguh. Jangan hangat-hangat taik kucing sudahlah. Buat apa pun biar sampai jadi arang. Pantang mundur kecuali operasi (tagline kumpulan Zero). 



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif