Welcome To My Life...

Sunday, May 1, 2016

MLM16/14: Final Yang Meletop

Assalamualaikum.

Final Maharaja Lawak Mega 2016 yang berlangsung di Johor menandakan program 14 minggu ini telah berakhir. Lebih tiga bulan aku mengikuti perkembangan para peserta. Begitu pantas masa berlalu. Empat peserta saja tinggal dari jumlah asal 15 untuk merebut hadiah utama RM 500 ribu. Sungguh lumayan.

Tiada satu pun peserta solo di pentas akhir. Empat kumpulan iaitu Bocey, Joras, Puteh, dan LOL bersaing untuk menjadi juara. Final MLM 2016 ini juga menampilkan pertembungan adik-beradik Abam Bocey dan Ali Puteh. Seperti biasa, episod final kali ini juga menyaksikan para peserta perlu membuat dua persembahan bertema 'bebas' dan 'muzikal'.

Berikut adalah komen ringkas dan rating aku (DYB-Dokter Yang Berfikir) untuk persembahan setiap peserta, serta rating juri tetap.

----------------------------------

1. JORAS

Tema bebas: 7/10 (rating DYB), 5 Ha (juri)
Lawak permulaan yang menghiburkan. Cumanya, kurang senang dengan lawak orang gila yang dikitar semula dari minggu awal.

Tema muzikal: 6/10 (rating DYB),5 Ha (juri)
Persembahan tipikal Joras dengan ending juga keluar watak 'orang gila'. Mungkin terlalu fokus pada lagu membuatkan persembahan kurang lawak.

2. PUTEH

Tema bebas: 7/10 (rating DYB), 5 Ha (juri)
Kisah pekerja baru masuk pejabat (rupanya anak CEO). Banyak punchline dan ada plot twist.

Tema muzikal: 7/10 (rating DYB), 5 Ha (juri)
Kisah sorang ayah dan anak lelaki lembut. Lagu tak banyak sangat, dan ada jugak plot twist

3. BOCEY

Tema bebas: 5/10 (rating DYB), 4 Ha
Bagi aku, sederhana. Lawak dua orang sahabat nak cuba bungee jumping di 'Leguland'. Tak ada apa yang betul-betul lawak.

Tema muzikal: 10/10 (rating DYB), 5 Ha
Secara peribadi, ini persembahan terbaik sepanjang 14 minggu pertandingan MLM 2016, malah lebih baik dari aksi Bocey dengan artis jemputan (Puteri Balqis). Padat dengan lawak dari awal. Watak Mayang (Achey) paling best. Aku paling suka part menari dengan baju berlampu. Ending pun gempak. Terbaik!

4. LOL

Tema bebas: 6/10 (rating DYB), 4 Ha
Persembahan pertama mereka sangat slow sampai plot twist.

Tema muzikal: 7/10 (rating DYB), 5 Ha
Lawak tiga sahabat nak makan. Jumlah suapan berdasarkan lirik. Walaupun lirik tu berulang, tapi idea mereka kreatif. Ending memang sedih bila dinyanyikan lagu 'Musafir Rindu' untuk mengenang arwah Yus Jambu (bekas kumpulan Tauke).

------------------------------------------

Man of the match Final: Achey Bocey
Juara (RM500,000): Bocey
Naib juara (RM250,000): Joras
Ke-3 (RM150,000): Puteh
Ke-4 (RM50,000): LOL

Secara keseluruhan, memang malam final yang meletop. Empat peserta yang benar-benar layak berentap merebut gelaran juara. Hakikatnya, kualiti para peserta dari awal lagi memang tidak setinggi tahap MLM sebelum ni. Tak ada nama-nama besar seperti Jambu (dengan kehilangan arwah Yus), Sepahtu (Jep dan Shuib) Jozan (Johan dan Zizan), Shiro (Ajak dan Shahrol), dan Zero. Hanya Bocey merupakan nama popular dan bergelar juara dengan persembahan konsisten setiap minggu. Aku kira persembahan terakhir mereka dengan tema muzikal tu melayakkan Bocey menjadi juara.

Peserta kegemaran aku (Joras) menjadi naib juara selayaknya. Selalu tampil dengan idea bernas dan kreatif. Tak selalu lawak tapi konsisten. Puteh boleh berbangga untuk menamatkan persaingan di tempat ketiga. Mungkin nama baru di arena lawak tapi sudah aku kenali lama. Akhirnya, peningkatan mereka berbaloi. LOL satu jenama baru tapi aku kira membawa nama-nama besar arena lawak Malaysia (Angah, Ajak Shiro dan Tauke Jambu). Hampir setiap minggu membawa watak Lah, Omar, dan Leman. Mungkin musim depan Ajak kembali bersama Shahrol dalam kumpulan Shiro.

Begitulah berakhirnya musim 2016. Dua nama yang kurang terkenal (Puteh dan Rayza Mukmin) kini semakin mekar di hati peminat. Aku tetap menantikan kembalinya Jozan, Sepahtu, dan Shiro musim depan untuk bertanding di arena Maharaja Lawak Mega.

 


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif