Welcome To My Life...

Saturday, August 13, 2011

Hari Yang Menenangkan


Assalamualaikum..

Hari Sabtu muncul lagi.. hari yang sangat menenangkan bagi pelajar2 universiti dan pekerja2 tidak kira sektor awam mahupun swasta.. hoho.. hari untuk rehat selepas minggu yang memenatkan.. aku rasa pernah tulis dah entri pasal nie.. jadi bila aku tulis sekali lagi, nampak sangat lar obsesi aku dengan hari minggu.. hahaha.. whatever.. korang boleh kata apa saja.. tapi aku memang suka hari minggu.. emm.. apa sebenarnya motif aku update blog? Mesti pelik kan kalau menaip tanpa motif.. mesti lar aku ada benda yang nak dicakapkan.. yer.. aku dah tak sabar nak balik rumah.. home sweet home..

Aku tak lar homesick.. tapi biasa lar kan.. rumahku, syurgaku... tak sabar nak balik ke dunia aku.. aku rindu famili aku.. aku rindu katil, TV, bilik mandi, itu, ini dan semuanya yang ada di rumah aku.. huhu.. tapi tak tahu lar sama ada aku akan balik ke rumah ataupun ke kampung terus.. emm.. aku betul2 rindu rumah aku.. dah sebulan lebih aku tinggal.. haha.. baru sebulan.. macam mana nak pergi oversea nie? OMG.. errrr...boleh tak kita KIV soalan tu? huhu.. soalan tu belum ada jawapan lagi.. tapi rasanya dengan keberjayaan aku menyesuaikan diri kat sini, aku akan okey2 saja..

Tak sabar gila nak jejakkan kaki ke rumah nie..10 hari lagi.. cepat lar masa berlalu................... tapi sebelum tu ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan..yang penting, ujian pertengahan semester... aku rasa kalau aku sendiri yang nilai, hari2 awal aku di sini sangat teruk.. aku tak faham apa yang berlaku.. tapi lama-kelamaan jiwa aku mula sampai di sini.. jadi.. aku kena ulangkaji banyak sikit lar.. nasib baik lar 5 subjek.. fuhhh.. tapi sebelum tu.. Isnin nie aku ada jamuan berbuka puasa dengan rakan2 sekelas.. yiehaaa... makan di Seksyen 18.. well, para lelaki budiman kelas 12M5 menghormati rakan2 wanita yang nak makan kat tempat diorang.. gentleman kan? ^__^

Malam nie Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012 bermula.. housemates aku tak minat pasukan yang sama dengan aku iaitu Manchester United.. ada yang minat Arsenal, dan ada juga Liverpool.. jadi menarik lar sikit.. walaupun rusuhan di England hampir menangguhkan permulaan musim tetapi segalanya dijangka bermula seperti yang dijadualkan.. pasukan aku beraksi malam esok.. tapi aku tak sabar nak tengok aksi pertama pesaing2 penyandang juara.. kita tengok siapa yang kena.. sekian dulu.. wassalam.. :)













p/s : Nak balik rumah... waaaaaaaa....

3 comments:

Nadia Mashuri said...

huhuhu..
saya pun rindukan rumah juga..
=)

Niena Muhammad said...

happy Monday :)

M Fizan said...

@Nadia Mashuri heee.. sama lar kita..huhu

@Niena Pengembara Ilahi eeeerrrrrr... >.<

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif