Welcome To My Life...

Monday, August 1, 2011

Seperti Dijangka


Assalamualaikum..

Ehem.. semalam aku ada buat entri pasal KFCM (Khairul Fahmi Che Mat) putus tunang.. dan aku ada katakan bahawa aku sendiri tak yakin dengan kebenaran sang penjaga gawang negara tu.. ternyata helahnya terbongkar jua.. sebagai respons kepada tindakan KFCM mengeluarkan kenyataan akhbar, bekas tunangnya membuat keputusan untuk mengambil tindakan yang sama.. bercakap kepada Harian Metro, Elia menafikan KFCM bertindak memutuskan pertunangan setelah berbincang dengannya terlebih dahulu.. malah Elia menegaskan ketegangan antara mereka sememangnya berpunca daripada orang ketiga.. dia mendakwa mempunyai bukti kecurangan KFCM..

Humm.. sekarang macam mana KFCM?? Nak jawab apa lagi?? kalau benar apa yang dibicarkan Elia, shame on you.. dia yang sokong kau sejak dulu lagi bro.. dia yang bersama kau naik dari bawah.. sekarang kau dah kat atas, ada orang hipokrit belai kau, kau lupa diri.. kau ikon remaja.. kau penjaga gol muda.. apa yang kau dah buat? Apa yang kanak2 perlu faham pasal hal nie? Ergghh.. you've done a big mistake.. jangan sampai kau menyesal satu hari nanti.. hargai lar orang yang sayangkan kau dengan ikhlas.. bukan orang yang nak tumpang populariti kau.. wassalam..

sumber : Harian Metro















p/s : Bersyukur dengan apa yang kita ada...

2 comments:

anez zamri said...

ape pun yang kita buat, berfikirlah secara matang.. :)

M Fizan said...

@SweetLikeWhat betul2..kerana tidak berfikir secara matang lar semua nie berlaku ..sob sob

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif