Pagi tadi aku sarapan. Aku terlihat seorang bayi comel yang duduk makan bersama ayahnya. Comel sangat dia gigit sudu. Aduhduh, kenapa lar dia comel sangat. Kecik je. Erm, selalu aku cerita benda macam ni dekat seseorang. Sobsob.
Eh, tak ada kaitan pun dengan entri aku hari ni. Saja nak tunjuk macam ada mukadimah. Dah siap pun mukadimah aku.
Eh, tak ada kaitan pun dengan entri aku hari ni. Saja nak tunjuk macam ada mukadimah. Dah siap pun mukadimah aku.
Empat hari lagi. Aku bakal memulakan perjalanan pulang. Cuti raya cina kan. Tak sah lar kalau tak balik ke baiti jannati. Cuti mula hari Jumaat. Tapi Khamis malam aku dah bertolak. Tak sabar rasanya. Walaupun ada buku-buku yang perlu ditelaah, dan rumah sangat selesa untuk tujuan itu, aku tak peduli.
Kawan aku tanya kenapa cepat sangat balik. Aku tak ada jawapan. Rumah aku adalah syurga aku. Walaupun sukar dan berat untuk mengulang kaji di rumah, aku bahagia berada dekat dengan famili aku.
Oh ya, peperiksaan percubaan aku tinggal 29 hari lagi. Bermula 4 Mac. Tidak kira betapa selesa rumah aku, tekanan peperiksaan pasti membuatkan aku tak lekang daripada buku. Cepat sangat masa berlalu. Terlalu cepat. Ah, entah berapa kali aku mengomel perkara yang sama.
7 Februari 2013, 10 malam, i'll be on the way home.
p palang s : Moga Allah permudahkan..
No comments:
Post a Comment