Beberapa hari lepas aku dengar kuliah Maghrib. Ustaz tu best. Dia memang kelakar. Tak bosan lah aku dengar kuliah tu. Aku datang lewat sikit sebab Maghrib tu aku baru balik dari main futsal. Aku pergi bila masuk waktu Isyak.
Kuliah Maghrib belum habis. Sempat lah aku menimba sedikit ilmu. Aku nak kongsikan lima sunah selepas kelahiran bayi. Persediaan menjadi ibu bapa.
1. Memberi nama
Biasa orang bagi nama pada hari ketujuh. Tapi boleh je bagi nama pada hari pertama. Berilah nama yang baik-baik. Jangan malukan anak dengan nama yang pelik.
2. Akikah
Menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan. Tapi kalau tak mampu, buat dulu kenduri kecil-kecilan untuk menjamu jiran dan kenalan. Roti cicah air kosong pun takpe.
3. Bercukur
Tiada istilah cukur jambul. Sunah Rasulullah adalah cukur keseluruhan rambut sehingga botak.
4. Tahnik
'Bukan membelah mulut, nanti besar mulut dia' kata ustaz itu berseloroh. Tapi membuka mulut bayi. Rasulullah mengambil air liurnya dan meratakan ke seluruh mulut bayi.
5. Menderma
Bersedekah kepada fakir miskin. Caranya? Timbang berat rambut bayi yang dicukur dan belilah emas dengan harga emas seberat rambut itu. Kalau tak mampu, boleh buat kemudian.
Aku sekadar menyampaikan.
No comments:
Post a Comment