Welcome To My Life...

Saturday, February 16, 2013

BB1M : Borong Borong 1 Masa


Itulah maksud sebenar BB1M bagi aku. Hoho. Baucer Buku 1 Malaysia. RM250 untuk aku. Terima kasih kerajaan Malaysia. Ini hak saya. ^_^

Alhamdulillah, dengan izin Allah, petang semalam (Jumaat, 15 Februari 2013) penulis berkesempatan untuk meluangkan masa bersama famili tercinta di Popular Alor Star Mall untuk membeli sebelum belah buku-buku akademik dengan baucer anugerah dari kerajaan. Buku akademik lah sangat kan~

Sampai lenguh kaki memborong buku. Hasilnya?


Semuanya bernilai RM600 baucer. Aku punya RM250 dan baucer kakak aku pulak lagi RM250 sahaja. Datang dari mana lebihan RM100? Oh, setiap pembelian melebihi RM150 akan dapat hadiah baucer dari Popular bernilai RM50. Bila aku habiskan BB1M dalam satu resit, dan kakak aku juga habiskan dalam satu lagi resit, dapat dua lah hadiah baucer (nilai RM100). Yeah!

Itu kalau kira harga sebenar buku. Hakikatnya, hanya resit aku (pembayaran pertama) guna harga yang tercetak (tanpa diskaun). Selepas aku membayar bahagian aku, aku dapat membuat kad ahli Popular. Lantas pembayaran seterusnya (kakak aku) dapat diskaun ahli. Jeng jeng jeng. Terpaksa tambah buku untuk cukupkan RM250 baucer. Sedangkan sebelum tu dah ambik buku dan kira untuk cukupkan nilai BB1M.

Selepas itu, rehat seketika. Makan di medan selera. Kemudian, sambung memborong semula. Hadiah baucer RM100 dihabiskan sekelip mata (tipu!). 

Aku ada lima atau enam buah buku je. Kakak aku pun sama. Beli novel beberapa buah. Selebihnya untuk ummi, ayah, dan adik-adik (beli komik). Takpe, asalkan diorang bahagia, aku pun gembira. Aku beli buku apa? Next entry okey? ^_^

Ayah aku beli buku-buku nak jadi kaya dan jutawan. Ummi aku pulak beli novel. Adik aku beli komik mengarut. Aku memilih sikit. Bukan cerewet. Alang-alang sikit je (aku pun jarang membaca), aku pilih hanya yang terbaik. Apakah itu? Eh, sabar. Entri akan datang~

Memang terbaik lar dapat baucer. Dan borong-borong satu masa. Eh, baucer tu hak saya! ^_^

Puas hati *thumbs up

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif