Fuhh, lega. Akhirnya, nikmat itu kembali. Nikmat apa? Aku pernah tulis. Allah telah menarik nikmat kaki aku untuk sementara buat kali kedua. Sakit, memang sakit. Terasa seksa nak berjalan. Ketika itu, barulah aku menghargai nikmat kaki.
Kita tak sedar. Bila boleh berjalan, kita tak pernah sedar kemudahan berjalan ini juga satu nikmat. Ada orang yang kaki sebelah. Dan ada juga yang tak ada kaki. Aku masih lagi boleh berjalan.
Dua hari lepas, peha kanan aku kembali pulih. Dan semasa bermain futsal semalam, aku rasakan betapa nikmatnya dapat merembat kencang seperti dulu lagi (macam lagu Forteen pulak).
We can't have sunshine forever. There'll be rainy days and there'll be rainbows for sure.
Hanya Tuhan yang tahu, betapa bersyukurnya dapat melakukan sepakan kencang. Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi.
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah. Hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Dialah yang mencipta tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Tak terbayang rasanya apabila nikmat kaki aku dikembalikan semula.
Nasihat aku, hargailah nikmat anggota tubuh badan yang sempurna yang kita ada. Kerana ada orang lain kurang bernasib baik tak memilikinya. Dua kali nikmat kaki aku ditarik sementara. Sangat menyeksakan. Mungkin kaki pemberian-Nya tidak cukup digunakan untuk agama-Nya menyebabkan aku diuji.
Biarlah sakit itu menjadi kaffarah dosa-dosaku yang bertimbun banyaknya. Sekarang aku semakin dekat dengan surau, rumah Allah. Kaki yang aku gunakan untuk main futsal dan ke mana saja, aku malu untuk tidak melangkah ke rumah-Nya.
Subhanallah, Maha Suci Allah. Allahuakbar, Allah Maha Besar.

No comments:
Post a Comment