Welcome To My Life...

Wednesday, February 13, 2013

Syaitan


Ah, dah terlambat. Tapi aku nak tulis entri jugak. Pasukan kegemaran aku, Manchester United a.k.a Syaitan Merah semakin gah di persada Liga Perdana Inggeris selepas mengatasi Everton 2-0. Alex Ferguson yang bercadang merehatkan pemain sebelum perlawanan penting Liga Juara-Juara Eropah terpaksa membatalkan hajat selepas pencabar terdekat, Manchester City tewas mengejut kepada Southampton.

Menyedari kemenangan akan meletakkan United selesa 12 mata di depan City dengan berbaki 12 perlawanan, Alex Ferguson membariskan skuad yang kuat. Perlawanan itu agak seimbang dengan permainan menyerang dari kedua-dua pasukan. Akhirnya, United berjaya memenangi perlawanan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga.


Penjaring gol pertama. Legenda berusia 40 tahun. Jaringan itu juga menjadikan Ryan Giggs satu-satunya pemain yang telah menjaringkan gol dalam setiap musim sejak Liga Perdana Inggeris bermula pada 1992. Giggs juga mencipta rekod menjaringkan gol dalam 23 musim liga berturut-turut.

Aku sebenarnya turut lega. Sebabnya, aku ternanti-nanti Giggs meneruskan rekod ini. Sudah masuk separuh kedua musim 2012/2013. Akhirnya Giggs meledak. Dan ketenangannya menyudahkan peluang itu juga sangat mengagumkan. Memang seorang legenda.


Robin van Persie, pemain yang menghantar bola untuk disudahkan Giggs. Sebelum itu, dia jugalah yang menggegar tiang selepas memperdaya Tim Howard di gawang Everton sedangkan pintu gol terbuka. Kegagalan ala Fernando Torres. 

Selepas Giggs, Rafael bijak melepaskan larian Van Persie yang mengatasi perangkap ofsaid dan sekali lagi menggelecek Howard. Kali ini rembatan RVP cukup kuat untuk melepasi garisan gol walaupun pertahanan cuba menyekatnya. 

Awal pagi Khamis ni, Real Madrid pula menanti. Satu perlawanan yang sangat ditunggu-tunggu. Jeng jeng jeng, tak sabar rasanya. 


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif