Bacalah, dengan nama Allah.
Mari membaca. Bunyi macam tajuk buku budak tadika. Tak kira. Mari kita baca buku-buku yang aku beli semalam. Aku lah baca. Kalau rajin, baru bagi anda semua tau isinya. ^_^
1, 2, 3..... 6! Ya, nampaknya seperti enam. Tapi novel yang hujung sebelah kanan tu bagi kat akak aku. Beta pun tak baca sebenarnya. Beta lah yang beli. Cuma rasa teruja sebab ada nama 'buah hati' dalam tu. Doktor pulak tu, cita-cita dia. Kebetulan...
Ini dia.... ada orang konsisten dalam solat dhuha. Dan hairan kenapa rezeki tak bertambah. Aku belum istiqamah lagi. Masih berusaha. Aku nak tambah ilmu untuk tahu apa kesalahan-kesalahan dalam solat dhuha. Ayuh baca!
Satu-satunya novel yang aku beli. Dan... bukan bahasa ibunda. Saja nak memperbaiki bahasa kedua aku. Bahasa omputeh. Aku cerewet. Aku pilih yang terbaik saja. Masa aku pilih buku ni berplastik. Tak sangka memang menarik, terjual 15 juta buah seluruh dunia. Selain tajuknya, "One Hundred Names", kulitnya sangat menarik.
Paling menarik, sinopsis di belakang buku. "One hundred names... one hundred people. Kitty Logan inherits just a single list with the promise that it's a story she has to tell...". Aku pun beli. Apakah rahsianya? Aku baru nak baca. ^_^
Kita ni di akhir zaman. Kena lah sedar sikit. InsyaAllah, buku ni akan menambah kesedaran aku akan perkara-perkara yang sedang berlaku di sekeliling. Juga perkara yang akan berlaku. Nabi telah berpesan, tugas kita untuk menyampaikan.
Perang yang berlaku pada tahun 1973. Perang apa itu? Mari... mari membaca. Novel sejarah. Sambil membaca, dapat belajar sejarah. Dua dalam satu. Masih tak mahu?
Rasulullah bukan berperang tanpa usul periksa. Rasulullah lebih gemar menggunakan diplomasi. Rasulullah tidak sesuka hati menyebarkan Islam dengan mata pedang. Rasulullah akan menghantar surat untuk berdakwah secara aman terlebih dulu. Aku nak baca surat-surat Rasulullah SAW yang menggegar dunia.
InsyaAllah, moga buku-buku ni dapat menambah ilmu di dada. Melengkapkan diri untuk menjadi nakhoda dan khalifah di dunia pinjaman-Nya.

No comments:
Post a Comment