Welcome To My Life...

Sunday, February 17, 2013

Hari Famili


Semalam, hari Sabtu, bertarikh 16 Februari 2013. Apa yang istimewa sangat? Alamak, dah kantoi dekat tajuk. Ya, satu lagi peristiwa penting dalam cuti raya Cina aku. Hari keluarga ofis ummi aku. Bertempat di Tasik Melati, Perlis.

Selepas sarapan pagi di kedai depan taman perumahan, tiga konvoi bergerak ke sana. Aku dan kakak aku menaiki sebuah kereta, manakala tiga orang adik lelaki aku bergerak bersama ummi dan ayah aku. Satu lagi kereta? Kawan ummi yang tak tahu jalan.

Sampai di sana, tengok-tengok ada banyak lagi sarapan. Perut dah penuh. Cantik jugak Tasik Melati. Masa tu dah ramai yang datang. Semua tengah sibuk menjamu selera. Aku pun cuba baca buku 'One Hundred Names' yang aku beli dengan BB1M. Cubaan saja. Gagal.

Banyak acara yang dilangsungkan. Antaranya, isi air dalam botol, bawak bola ping pong guna sudu dan tuju selipar. Acip (adik kedua aku) dapat lar tempat kelima bawak bola ping pong tu. 

Acara lain termasuklah kupas kulit epal terpanjang, 'Lambungan Kasih' (lambung belon berisi air dengan jarak semakin jauh), cari gula-gula dalam tepung, kerusi muzik dan pertandingan mewarna. Haa, adik aku, Akib, menang kerusi muzik tu. Haruslah, sebab dia paling tua. Yang lain budak-budak. ^_^


Atip posing sebelum beraksi dalam permainan cari gula-gula dalam tepung. Baik budak ni. Dia tiup sungguh. Budak-budak lain sapu dengan tangan. Atip pegang dekat tangan. Budak lain simpan dalam baju, dalam poket. Takpe, pengalaman pertama. Lain kali aku ajar dia jadi 'jahat' sikit.


Ni pulak hasil Atip mewarna. Macam-macam warna ada. Hentam sajalah...


Acip dapat hadiah untuk bawak bola ping pong guna sudu. Tahniah. Aku? Jadi peserta je. Takde rezeki. Alasan semata-mata. ^_^


Sesi tangkap gambar sebelum makan tengah hari. Cari lah penulis kalau terer. ^_^

Selepas tu, makan tengah hari dan bersurai. Makanan pun terbaik. Keseluruhannya, memang sangat puas hati dan enjoy sebelum balik Shah Alam untuk meneruskan perjuangan menjelang peperiksaan percubaan A-Level. Fuhh, menghiburkan hati yang duka seketika. Moga tahun depan dapat sertai lagi.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif